Permohonan Biasiswa JPA Politeknik 2009

Salam sejahtera buat semua.

Pelajar-pelajar yang telah mendaftar untuk mengikuti pengajian peringkat Diploma di Politeknik bagi kemasukan Sesi 2009/2010 adalah dipelawa untuk memohon biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Bidang

Semua bidang diperingkat diploma di mana-mana politeknik bagi sesi 2009/2010.

Syarat Permohonan

Calon yang layak memohon adalah;

  1. Warganegara Malaysia
  2. Terbuka kepada semua pelajar yang mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  3. Umur tidak melebihi 19 tahun pada tarikh iklan
  4. Telah mendaftar diri untuk mengikuti pengajian tahun satu di politeknik pada bulan Januari sesi 2008/2009 atau pada bulan Julai sesi 2009/2010
  5. Mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian 6C dalam Bahasa Melayu
  6. Memperolehi sekurang-kurangnya gred 4B dalam 6 matapelajaran lain

Calon yang tidak layak memohon:

  1. Pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat sijil
  2. Pelajar yang berada di tahun dua dan ke atas
  3. Pelajar yang mengikuti kursus yang berkaitan dengan pendidikan
  4. Pelajar yang telah mempunyai kelayakan Diploma
  5. Pelajar yang sedang mengikuti Program Pendidikan Jarak Jauh/separuh masa
  6. Pelajar yang mempunyai Diploma Lepasan Ijazah atau Diploma anjuran sesuatu Jabatan/Agensi.

Kadar Biasiswa

Biasiswa yang ditawarkan adalah seperti berikut;

  1. Elaun sara hidup samada RM7,560 atau RM6,426 setahun
  2. Elaun buku RM400 setahun
  3. Elaun alat perkakas antara RM50 sehingga RM250 setahun
  4. Elaun kertas projek RM150 setahun
  5. Yuran pengajian politeknik RM400 setahun.

Di samping itu elaun tambang kapal terbang untuk perjalanan dua hala diberikan setiap tahun daripada RM100 – RM1,000 bergantung kepada lokasi.

Kontrak

Pemohon yang menerima tawaran biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam ini dikehendaki berkhidmat dengan Kerajaan atau tuntutan gantirugi akan dikenakan. Tempoh berkhidmat dengan Kerajaan dan tuntutan gantirugi ini bergantung kepada tempoh pengajian dan jenis pengajian.

Tempoh berkhidmat ini adalah di antara 3 sehingga 6 tahun dan jumlah gantirugi pula samada RM70,000 atau RM100,000.

Permohonan

  1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (on-line) di laman web Permohonan Program Biasiswa Politeknik Sesi 2009/2010.
  2. Pemohon dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja tetapi dibenarkan mengakses sebanyak 3 kali untuk mengemaskini atau meminda sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya permohonan yang terkini sahaja diambilkira sebagai penerimaan permohonan.
  3. Permohonan melalui pos tidak akan dilayan.
  4. Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2009” sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Pertanyaan

  1. Sebarang masalah teknikal semasa mendaftar atau mengisi borang permohonan dan sebarang pertanyaan mengenai program tajaan ini boleh dibuat dengan menghubungi talian 03 8885 3541, 03 8885 3552, 03 8885 3554 atau e-mail kepada esila@jpa.gov.my.
  2. Maklumat lanjut berkenaan biasiswa ini boleh juga diperolehi Syarat-syarat Permohonan Program Biasiswa Politeknik 2009 dan di laman web http://esilav2.jpa.gov.my atau http://www.jpa.gov.my.

Tarikh Tutup

Tarikh tutup permohonan ialah pada 4 Ogos 2009.

beliamuda: kredit kepada eputra.com… tolong menyebarkan sahaja sebab tarikh tutup dak dekat sangat.. cepat-cepat ya!

32 thoughts on “Permohonan Biasiswa JPA Politeknik 2009

  1. salam…..nk tanye..biasiswa politeknik yg sudah dapat….kena bayar balik ke biasiswa tersebut lepas habis blaja????????

  2. salammm..saya nk tnya ckit ehh..cmna nk dptkn borang biasiswa JPA peringkat politknik nie…saya dah cba msk website die tp xdpt pn nape yerrr…sbb tarikh dia da tutup kerrr…

  3. dlm syrat2 calon yg layak untk memohon biasiswa 2 saya bc hnya utk calon yg berumur tidak melebihi 19 thun shaja? so cmna ngn saya yg berumur 21 nie..xlayak da ker nk pohon???

  4. Salam, saya merupakan pelajar Diploma di politeknik. Saya sudah memohon biasiswa ini pada semester 2 yg lepas iaitu pada pada sesi Julai 2010. Permohonan saye berjaya.Saya kini berada di semester 3 dan masalahnya bila tempoh masa saya kena tunggu bayaran biasiswa itu masuk? Dan juga adakah jumlah bayarannya juga termasuk sem yg lepas?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge