Biasiswa PNB Pengajian Dalam Negara 2009

Salam sejahtera buat semua.

Permodalan Nasional Berhad (PNB) mempelawa para pelajar yang sedang menuntut di peringkat ijazah sarjana muda dan tidak mempunyai sebarang penajaan untuk memohon biasiswa yang ditawarkan bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Syarat Tawaran

  1. Sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di mana-mana IPTA.
  2. Sedang mengikuti salah satu daripada pengajian peringkat ijazah sarjana muda di dalam bidang-bidang berikut;
    • Perniagaan
    • Teknologi Maklumat
    • Kejuruteraan
    • Sains kecuali perubatan, farmasi, pergigian dan veterinar

Continue reading

Permohonan Biasiswa JPA Politeknik 2009

Salam sejahtera buat semua.

Pelajar-pelajar yang telah mendaftar untuk mengikuti pengajian peringkat Diploma di Politeknik bagi kemasukan Sesi 2009/2010 adalah dipelawa untuk memohon biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Bidang

Semua bidang diperingkat diploma di mana-mana politeknik bagi sesi 2009/2010.

Syarat Permohonan

Calon yang layak memohon adalah;

  1. Warganegara Malaysia
  2. Terbuka kepada semua pelajar yang mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  3. Umur tidak melebihi 19 tahun pada tarikh iklan
  4. Telah mendaftar diri untuk mengikuti pengajian tahun satu di politeknik pada bulan Januari sesi 2008/2009 atau pada bulan Julai sesi 2009/2010
  5. Mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian 6C dalam Bahasa Melayu
  6. Memperolehi sekurang-kurangnya gred 4B dalam 6 matapelajaran lain Continue reading