Salam sejahtera buat semua.
Kali ni aku nak menulis entri personal lagi. Apa salahnya sekali-sekala baca pasal diri aku kan (perasan! :p). Kebiasaanya, aku jarang menulis entri personal, terutama kalau aku dah berada dalam mode studi. Tapi, disebabkan cuti sekarang ni, aku ambil peluang untuk menulis entri personal macam ni.
Kadang-kadang, kalau nak tulis entri macam ni, kena ada feeling yang lebih sikit. Bahasa untuk entri macam ni lebih santai sikit. Kalau aku nak tulis ayat skema dalam entri macam ni, macam buat esei la pulak.
Cuti yang tak dirancang
Aku baru je mula sem July 2009. Baru je dua minggu. Baru je nak dapat momentum studi. Tup-tup dapat cuti. Sejak dua minggu lepas, aku baru je masuk gear dua. Lagipun, minggu-minggu terawal ni rilek sikit. Tapi, minggu lepas lab pertama untuk sem ni telah pun bermula.
Kalau ada yang perasan la, sejak aku mula sem July 2009, banyak pulak aku menulis kat dalam blog ni. Kalau duk rumah, payah pulak. Ye la kan. Kalau duk UTP ni, selain studi, ibadah, dan rilek, memang dah takde kerja lain aku buat. Kena pulak tak masuk event pape. Takde la meeting je memanjang. Huhu…
Cuba korang tengok jadual tu. Ada dua hari yang labnya memang lama sangat. Lab tersebut akan silih berganti setiap minggu. Satu lab untuk subjek 4 jam kredit dan satu lagi untuk subjek 3 jam kredit. Lab yang lama tu pun, kadang-kadang lama sebab proses dalam eksperimen tu yang memakan masa. Benda yang kena buat tu ringkas je sebenarnya.
Yang kelas hari Rabu tu pulak, nampak je habis pukul 2. Habis pukul 2 tu pun sebab tu memang peraturannya. Kebiasaannya, lepas pukul 2 tu akan ada talk atau seminar. Talk minggu pertama hari tu aku tak pergi. Kata wajib. Tapi dah tahu talk tu pasal apa. Serah pada junior je la. Huhu.. Talk minggu kedua pulak kena pergi sebab ada nak bagitau benda penting. Nasib baik kejap je.
Kesimpulannya, agak padat jugalah jadual aku. Mungkin awal-awal ni tak rasa lagi. Lepas ni kena struggle untuk siapkan lab report (dua report untuk setiap minggu) yang mana short reportnya sahaja dah mencecah 50 muka surat. Tak termasuk assignment mingguan untuk setiap subjek dan projek-projek lain. Tak tahulah lepas ni ada masa menulis blog ke tak.
Migrasi Server
Tepat jam 12 malam ni, data-data yang dihoskan tempat blog aku hoskan sekarang ni akan menjalankan migrasi server. Maknanya, blog aku takkan dapat diakses pada masa tersebut. Aku telah diberitahu awal-awal untuk melakukan full backup sebagai persediaan apa-apa jua kemungkinan yang berlaku.
Pernah dulu masa awal Mei 2009, berlaku migrasi server yang tidak dirancang. Aku kehilangan dua entri terkini kerana entri tersebut tidak termasuk dalam backup yang dilakukan secara auto. Nasib baik entri tu ada dalam Google Reader, namun komen-komen tak dapat diselamatkan.
Sejak hari tu, aku memang rajin buat backup blog ni. Tak kiralah. Full backup ke. Database backup ke. Backup entri kot dalam wordpress ke. Memang nak cari jalan paling selamat la.
Rasanya, entri-entri yang lebih bermaklumat akan ditangguh buat masa ini (sehingga pagi esok la kot). Rasanya aku akan buat backup terakhir sekitar pukul 8 atau 9 malam ni. Kemungkinan segala komen yang datang selepas waktu itu akan hilang begitu sahaja.
Negaraku mengalami masalah
Apa tu Negaraku? Negaraku adalah sebuah social bookmarking site yang dibangunkan oleh Noktah Hitam (NH). Kalau yang tak tahu tu, mesti korang perasan ada button kat atas kanan setiap entri blog ni, sebelum ni. Laman ni boleh dikatakan social bookmarking site terbaik la kat Malaysia ni. Ramai blogger yang guna. Siap ada plugin untuk wordpress lagi.
Semalam, aku terbaca tweet NH yang mengatakan dia telah terpadam salah satu database Negaraku semasa sedang melakukan backup bulanan. Agak terkejut di situ dan pengguna telah diarahkan untuk menyahaktifkan plugin negaraku untuk sementara waktu.
Aku baru je berjinak-jinak dengan Negaraku. Buat pertama kalinya juga, salah satu entri aku dapat merangkak naik ke top news. Lebih banyak “fave” daripada komen yang ada dalam entri tu.
Apa-apa pun, diharap Negaraku kembali dengan lebih bergaya selepas ini. NH bercadang untuk membina laman tersebut menggunakan Bahasa Melayu. Yang tu, SAYA SOKONG!
beliamuda: dah baca sampai habis ke? huhu.. tahniah! xoxo
negaraku,tu pasal..baru aku nak letak post terbaru aku…
.-= hakim´s last blog ..Backup Files from Dead Windows Computer =-.
@hakim, haha.. betul2.. entri terbaru mung tu sangat bermanfaat.. buleh je nak masuk negaraku.. ada satu entri daripada owner kat situ..
satu lagi alternatif, leh guna imcurtain. Sama je cam negaraku.. leh cbe ya..
mula-mula lamanblog.com, lepas tu info malaya , kemudian negaraku.net…
mcm kena jangkitan virus….kena dtg pakai topeng le ni..huhu
.-= Kujie´s last blog ..Bosan ke pagi ni? Jom kahwin =-.
@Kujie, mungkin dah sampai hayat masing-masing.. tak pun nak metamorfosis.. huhu
mintak2 la negaraku pulih scptnya.
@azizan4444, rasanya buleh je bukak negaraku (bukan yang gi first page tu la).. Noktah Hitam ada masuk satu entri kat situ.. huhu
migrasi server lagi..upgrade server kah
.-= irsyad´s last blog ..Jalan-jalan makan angin di KL =-.
@irsyad, yup.. katanya pindah ke server baru.. dia siap tunjuk spec server baru tu lagi.. tak kisah la nak pindah ke apa.. asalkan blog ni selamat dan sihat aje.. huhu
@beliamuda, owh…faham la ak
.-= irsyad´s last blog ..Jalan-jalan makan angin di KL =-.
terkejut negaraku xbleh pakai .. habis entri baru gua camne ? mau promote kat mane lagi eh ? … xD
.-= eldy´s last blog ..100% Bahasa Malaysia ?! =-.
@eldy, jangan riso.. negaraku akan kembali semula.. lagipun, boleh ke akses ke laman negaraku.. NH nampaknya sedang mengetest.. dia ada submit entri dia kat situ.. ada la dalam tiga skg ni…
tak pun, leh je gne imcurtain… huhu
cik belia, nk tnya…apa maksud “xoxo” tu ye…
dh puas menanya, takda plak yg sudi kasik jwapan
^_^
@nazra, literally, maksudnya hug and kisses..