Salam sejahtera buat semua.
Sinonim tak lembu dengan kebodohan? “Bodoh macam lembu la kau ni”. Pernah dengar tak? Rasanya orang sekarang, terutama remaja dah tak guna ayat lembu lagi dah. Dah ada ayat lagi “power”. Macam babi, sial, dow dan seangkatan. Dah tak main dah lembu-lembu ni.
Rasanya tak ramai yang tahu pasal kisah kepala lembu ni kan? Biasalah, kisah ni tak masuk akhbar utama pun. Rasanya tak terbaca pun dalam Utusan Malaysia. Ke ada korang jumpa?
Kisah yang dimaksudkan di sini ialah kisah demonstrasi yang diadakan di Shah Alam, selepas solat Jumaat semalam. Demo ni tak lah besar sangat pun. Rasanya 50 orang je kot. Bukan macam demo bantah ISA tempoh hari.
Tapi, ada sesuatu yang menarik terjadi dalam demo tersebut. Sebelum tu, demo tersebut diadakan bagi membantah pembinaan kuil di Seksyen 23 Shah Alam. Demo tersebut disertai oleh sekumpulan penduduk setempat dan NGO melayu yang membantah cadangan pemindahan kuil Hindu ke kawasan mereka.
Apa yang mengejutkan, demo tersebut diketuai dengan dua orang membawa kepala lembu yang masih yang masih belum kering darahnya, dan mereka bertakbir sambil melaungkan slogan membantah tindakan pemindahan kuil itu.
Tindakan membawa kepala lembu ini sebenarnya sangat memeranjatkan. Pasti ramai tahu yang lembu merupakan binatang suci dalam agama Hindu. Ditakdirkan anda berada di tepi jalan melihat demo itu dan melihat mereka membawa kepala lembu sambil melaungkan bantahan pembinaan kuil Hindu, apakah persepsi pertama anda terhadap tindakan itu?
Perkara pertama yang datang dalam kepala saya semasa membaca berita ini ialah gambaran satu penghinaan dahsyat kepada masyarakat beragama Hindu. Bukan setakat itu sahaja, malahan selepas tiba di destinasi yang dituju, iaitu bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor, mereka menunjukkan aksi memijak kepala lembu tersebut. Saya tidak dapat lari daripada memikirkan ini adalah satu penghinaan kepada penganut yang beragama Hindu.
Namun pengerusi jawatankuasa demo itu, Mahyuddin Manaf menafikan tujuannya adalah untuk menghina mereka yang beragama Hindu. Sebaliknya, dia berkata lembu tersebut yang tidak dirancang untuk dibawa pun dalam demo itu sebagai maksud untuk menunjukkan kebodohan pemimpin.
“Mungkin yang mereka (yang bawa) maksudkan dengan kebodohan. Dalam budaya Melayu, lembu ini simbol kebodohan, pemimpin yang bodoh,”
Apapun yang cuba dimaksudkan dengan kepala lembu itu, tindakan membawa kepala lembu yang masih belum kering darahnya merupakan satu tindakan yang bodoh! Tak tahulah apa motifnya orang yang membawa kepala lembu tersebut.
Selain itu, ada satu sepanduk yang saya rasa agak pelik untuk dibawa dalam demo tersebut. Sepanduk itu ditulis, “Take beer”. Apa maksudnya tu? Bunyinya seakan takbir, tapi ambil arak? Kenapa perlu dibawa sepanduk serupa itu dalam demo membantah tindakan pembinaan kuil? Dah la yang berarak tu baru pulang daripada solat Jumaat. Berarak sambil melaungkan takbir pulak tu!
Saya ada terbaca dalam blog Khairy Jamaluddin, yang mempersoalkan apakah perasaan seorang Muslim apabila al-Quran diarak dan diperlakukan sedemikian rupa? Bukankah ia akan membangkitkan satu gelombang kemarahan amat hebat dalam hati orang Islam? Mungkin mereka tidak memikirkan sensitiviti orang lain sebelum nak bawa kepala lembu tu. Cukuplah sekadar berdemo secara aman.
beliamuda: apa pula pandangan anda? Cuba hindarkan pandangan politik dalam komen anda ya!
[kredit gambar 1][kredit gambar 2][kredit gambar 3 dan 4]
ini sudah lebih bodoh daripada lembu, teruk2 lembu dia x arak kepala anak ayam
.-= Jackster´s last blog ..Stupidity =-.
nape bwk kepala je bawakla sekor terus bole buat gulai dpt juga memberi faedah kpd org lain..tindakkan ini kurang bijak
.-= ariey´s last blog ..Service mencantikkan blog anda.. =-.
@ariey, tu la kan.. pastu leh buat juadah berbuka.. huhu
Pingback: Twitted by beliamuda
Aduh la.. pelik2 la. Sebab lain, menyeksa je haiwan yang bernama lembu tu. Potong kepala pi usung pi mai pi mai apasal.. Dalam Islam haram tu. Nampak org yg usung tu Melayu sudah tentu Islam.. aduh, sanggup buat mcm tu.. adula.. menyeksa haiwan dalam bulan pose.. yg len no komento..
@Nikuve, yg berarak tu semua Islam.. kenapa la kan mesti kepala lembu? dah la berdarah lagi.. memang tak patut dilakukan la…
Ini orang melayu ke? Ini orang islam? Haih, x nak aku ngaku orang kita ni macam ni. Bangsa aku takde yg bodoh macam ini. Agama aku takde yg sebaghal cmni.
http://tukartiub.blogspot.com/2009/08/berita-lembu-hilang.html
Ni batch mana ni? Ada join kelab apa2 kat UTP x?
@neo, batch Jan 07.. huhu.. takde join mne2 pon…
terkejut. tak sangka. dalam bulan yang terbaik pada hari yang terbaik bagi orang Islam, berlaku hal yang begini. lagi2 bulan kemerdekaan nihh.. ammmmaaattt kesal. dan, tentang kepala lembu tu. nonsense. ini Malaysia kah?
@ikin, ini memang Malaysia! Entah apa yang dibenak fikiran orang yang bawa kepala lembu tuh…
@beliamuda, http://amadanaksoleh.blogspot.com/2009/09/akhlak-bunga-iman-membedah-isu-kuil.html
x sangka ad umat islam yg mcm neh..
kn da dilarang dlm islam, kita tidak blh mghina agama laen..
mmg umat akhir zaman r..
.-= Wan Pai´s last blog ..Pulangkan =-.
@Wan Pai, memang ada dan pasti akan ada sampai bile2…
ni rakyat belum merdeka mentality diorang ni…
kalau ye pon nak bantah, jgn la sampai menghina agama lain.
.-= Azah´s last blog ..Second attempt. =-.
@Azah, mereka terlalu mengikut perasaan sehingga hilang rasional dan pertimbangan dalam membuat keputusan!
kat area aku dulu pernah terjadi surau dilempar kepala babi.surau disabotaj.Mengakibatkan org melayu ditempat aku marah dan hampir tercetusnya pergaduhan dgn satu kaum tu.Nasib baik cepat dibendung pihak polis.Aku melihat masa tu ramai underground2 melayu yg mcm nak g berperang pasal benda ni.Melayu satu bangsa yg bertimbangrasa tp jgn bermain api melampaui batas!!.Psikologinya jgn bermain sentimen sebegini jika kita sendiri tidak mahu org lain melakukan pekara serupa ini pd kita.Benda yg melibatkan agama adalh sensitif!!takebeer 2 mungkin merujuk pada pas dlm kerajaan pakatan di Slangor dimana nmpknya dap lbih medominasi dlm hal2 berkaitan penjualan arak dri pas itu sendiri.dah cukup kang dah berbau politik lak!!
.-= e´s last blog ..hari yang redup =-.
@e, hehe.. panjang lebar lak kan.. pernah juga dulu dengar kisah kepala babi dalam surau di UM… rasanya kepala babi tu dibalut dengan bendera PAS.. perkara ni berlaku awal tahun ni rasanya…
memang benda2 agama ni mudah untuk membangkitkan kemarahan!
kurang cerdik perlakuan mereka…
.-= hakim´s last blog ..Bila bercakap pasal puasa =-.
@hakim, kurang fikir dan kurang rasional!