Salam sejahtera buat semua.
Sinonim tak lembu dengan kebodohan? “Bodoh macam lembu la kau ni”. Pernah dengar tak? Rasanya orang sekarang, terutama remaja dah tak guna ayat lembu lagi dah. Dah ada ayat lagi “power”. Macam babi, sial, dow dan seangkatan. Dah tak main dah lembu-lembu ni.
Rasanya tak ramai yang tahu pasal kisah kepala lembu ni kan? Biasalah, kisah ni tak masuk akhbar utama pun. Rasanya tak terbaca pun dalam Utusan Malaysia. Ke ada korang jumpa?
Kisah yang dimaksudkan di sini ialah kisah demonstrasi yang diadakan di Shah Alam, selepas solat Jumaat semalam. Demo ni tak lah besar sangat pun. Rasanya 50 orang je kot. Bukan macam demo bantah ISA tempoh hari.
Tapi, ada sesuatu yang menarik terjadi dalam demo tersebut. Sebelum tu, demo tersebut diadakan bagi membantah pembinaan kuil di Seksyen 23 Shah Alam. Demo tersebut disertai oleh sekumpulan penduduk setempat dan NGO melayu yang membantah cadangan pemindahan kuil Hindu ke kawasan mereka.
Apa yang mengejutkan, demo tersebut diketuai dengan dua orang membawa kepala lembu yang masih yang masih belum kering darahnya, dan mereka bertakbir sambil melaungkan slogan membantah tindakan pemindahan kuil itu.
Tindakan membawa kepala lembu ini sebenarnya sangat memeranjatkan. Pasti ramai tahu yang lembu merupakan binatang suci dalam agama Hindu. Ditakdirkan anda berada di tepi jalan melihat demo itu dan melihat mereka membawa kepala lembu sambil melaungkan bantahan pembinaan kuil Hindu, apakah persepsi pertama anda terhadap tindakan itu?
Perkara pertama yang datang dalam kepala saya semasa membaca berita ini ialah gambaran satu penghinaan dahsyat kepada masyarakat beragama Hindu. Bukan setakat itu sahaja, malahan selepas tiba di destinasi yang dituju, iaitu bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor, mereka menunjukkan aksi memijak kepala lembu tersebut. Saya tidak dapat lari daripada memikirkan ini adalah satu penghinaan kepada penganut yang beragama Hindu.
Namun pengerusi jawatankuasa demo itu, Mahyuddin Manaf menafikan tujuannya adalah untuk menghina mereka yang beragama Hindu. Sebaliknya, dia berkata lembu tersebut yang tidak dirancang untuk dibawa pun dalam demo itu sebagai maksud untuk menunjukkan kebodohan pemimpin.
“Mungkin yang mereka (yang bawa) maksudkan dengan kebodohan. Dalam budaya Melayu, lembu ini simbol kebodohan, pemimpin yang bodoh,”
Apapun yang cuba dimaksudkan dengan kepala lembu itu, tindakan membawa kepala lembu yang masih belum kering darahnya merupakan satu tindakan yang bodoh! Tak tahulah apa motifnya orang yang membawa kepala lembu tersebut.
Selain itu, ada satu sepanduk yang saya rasa agak pelik untuk dibawa dalam demo tersebut. Sepanduk itu ditulis, “Take beer”. Apa maksudnya tu? Bunyinya seakan takbir, tapi ambil arak? Kenapa perlu dibawa sepanduk serupa itu dalam demo membantah tindakan pembinaan kuil? Dah la yang berarak tu baru pulang daripada solat Jumaat. Berarak sambil melaungkan takbir pulak tu!
Saya ada terbaca dalam blog Khairy Jamaluddin, yang mempersoalkan apakah perasaan seorang Muslim apabila al-Quran diarak dan diperlakukan sedemikian rupa? Bukankah ia akan membangkitkan satu gelombang kemarahan amat hebat dalam hati orang Islam? Mungkin mereka tidak memikirkan sensitiviti orang lain sebelum nak bawa kepala lembu tu. Cukuplah sekadar berdemo secara aman.
beliamuda: apa pula pandangan anda? Cuba hindarkan pandangan politik dalam komen anda ya!
[kredit gambar 1][kredit gambar 2][kredit gambar 3 dan 4]
ade sebab kuil 2 d pindah..bukan saje2 nak pindah..
dan sebab die adlh utk kesejahteraan umat Islam gak..
pastu pindah jauh dari perumahan.. dekat ngn kwsn kilang2…
ok pe..
org india setuju je d pindahkan wpun jauh dari uma dorg…
nie org melayu nak keco2 nie nape plak?? adoi~~
pasti ade agenda laen nie… iaitu nak pekena pemimpin kwsn tuh… korg x rase camtu kew??
malang bg mrk…tekena batang idong sndri… nauzubillah~~
.-= rue´s last blog ..y we must keep boycotting =-.
@rue, ada juga baca penjelasan pasal isu ni oleh YB Shah Alam, Khalid Samad…
Memandangkan kerajaan negeri selangor bukanlah kerajaan yang sama yang memerintah kerajaan pusat, jadi demonstrasi bangang macam ni takdelah mendapat kutukan rasmi di akhbar2 dan diberita tv terutamanya.
anyway, memang agak bengong juga simbolik membawa kepala lembu untuk menunjukkan kebodohan pemimpin walhal nampak ianya lebih kepada penghinaan kepada kaum hindu itu sendiri. nasib baik di shah alam sebab lubuk orang melayu disitu. cuba kalau di tempat2 lain cam batu cave ke, puchong ke, aku rasa boleh jadi 13 mei jugak tu.
tang ‘Take Beer’ bagi mengantikan slogan Takbir, tak kiralah apa motif dan sindirannya, itu pada aku dah sama tahap dengan kepala lembu yg diorang sendiri bawak.
Just my 2 cents, 😛 Peace~
@Eddie, hilang rasional bila dah marah sangat… sampai tidak ambil endah dengan sensitiviti kepala lembu tu..
view drpd perspective yg lain, aku rasa membazir la diaorang tendang2 pijak2 mcm tu adjer kepala lembu tuh kan. kalau bagi fakir miskin untuk buat buka puasa lagi bagus. kepada lembu pun ada juga boleh buat masakan bagi yg tak berkemampuan kan. sedih aku dengan senario mcm neh. makanan tuh beb. selamba je kita pijak2.
@KNizam, tu la kan.. otak lembu tu boleh buat makan tuh.. pernah makan tak otak lembu?
@beliamuda, eden cuma penah tngok mak makan ja tp eden tak sanggup nk mkn ^_^
.-= nazra´s last blog .. =-.
@nazra, ish2.. rugi la tak pernah makan.. sedap gak.. huhu.. (^_~)v
baru bace entri ni..nyway..”bodoh macam lembu la diorang”..da x sabar nk rayer korban da kot mereka2 sekalian..hehe
@mira, ish2.. raya puasa pun tak lepas lagi.. cepat benar mereka mahu raya kurban ek..
neway, selamat datang ke sini Cik Mira.. (^_~)v
nmpaknya ak terlambt komen.tp aku amt tdk bersetuju dgn mereka2 yg melakukan demo trsbut.dhla mghina agama laen.
em,aku takla pasti bgaimana perasaan tinggal di kawasan berhampiran kuil atau gereja.tp apa yg aku pasti,kawasan rumahku adalah majoriti org Islam.dan surau kawasan rumahku juga aktif.ceramah2 agama dan sbagainya.bila azan sgt2la kuat.tmbh2 lg pd wktu subuh,sdg mereka(kaum india) nyenyak dibuai mimpi.tp mereka xdala nk komplen2.aman je kami duduk disitu..
ntahla.sekadar pendapat.
@colorless, betul tu… sejak mengikuti perkembangan masalah ni, macam2 pertikaman lidah berlaku.. last2, kerajaan negeri tangguh juga pindah ke situ.. harap2 penduduk di situ puas hati la..
terlupa saya ingatkan saya berada kat new ziland sebab ada banyak lembu sampai terpijak pijak. rupanya kat tempat lahir saya malu rasanya lembu yang disembelih secara sah di pijak pijak oleh orang yang memakanya tu.