Salam sejahtera buat semua.
Pertama-tamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat dan rakan yang mendoakan kesihatan saya. Sebelum ini, saya ada menulis tentang keadaan diri saya yang tidak sihat di sini. Masa tulis entri tu, masih lagi demam dan belum pulih sepenuhnya.
Kesakitan yang dialami, adalah kifarah kepada dosa. Demam, kesakitannya seluruh badan, ditambah pula dengan fikiran menjadi kacau dan meracau. Biasa alami kan?
Saya menulis entri ini sebagai rasa syukur dapat merasai kembali nikmat sihat dan menjadi ceria seperti biasa.
Malam Convo
Seperti yang diceritakan dalam entri sebelum ni, aku mula batuk-batuk semasa malam konsert Amy Search tu. Batuk yang menjadi-jadi. Masa tu, belum rasa lagi nak demam. Kebetulan pula malam tu, ada berlaku perselisihan faham dengan seseorang. Entah macam mana boleh terasa dengan kata-kata dia. Selama ni, tak pernah terfikir akan marah dengan tindakan dia.
Malam tu, tidur dengan perasaan marah dan sakit hati. Rasa macam tak nak maafkan dia langsung! Setiap kali fikir pasal tindakan dia tu, hati sangat terasa. Memang sukar sangat nak tafsir kenapa boleh terasa sampai macam tu sekali.
Keesokannya, tubuh mula rasa lemah dan sedikit panas. Nasib baik hari minggu, jadi boleh tidur. Namun, keadaan menjadi semakin parah. Petang tu, rasa macam panas sangat tubuh. Tak mahu berpeluh langsung.
Hari Isnin, sepatutnya ada kuiz untuk subjek Reaction Engineering. Ingatkan mampu gagahkan diri untuk ke kelas. Tapi, masih tak mampu. Akhirnya, semua kelas pada hari itu diponteng terus.
Hari Selasa, tubuh rasa sedikit sihat dan terpaksa menggagahkan diri untuk ke lab. Nasib baik hanya eksperimen simulasi sahaja. Namun, sekali lagi tewas pada sebelah petang. Rasa macam menggigil pulak tubuh masa tu. Selera makan pun bercelaru…
Kesakitan berlarutan hingga keesokannya. Namun, masih pergi ke kelas, dua jam daripada enam jam kelas pada hari tersebut.
Prestasi terburuk sepanjang minggu
Hari Khamis, ada lagi lab. Masa tu dah ada krisis. Ada lab report yang perlu dihantar pada hari tersebut, namun aku tidak berjaya menyempurnakan bahagian aku, iaitu bahagian terpenting; Result and Calculation. Agak kesal juga kerana terpaksa menyusahkan satu-satunya saudari dalam group aku tu.
Jadi, keterlibatan aku dalam lab Process Safety pada hari itu agak minima. Sepatutnya ada viva (soal jawab berkenaan ekperimen dengan lab demo) untuk ekperimen minggu lepas. Namun, kerana terlewat menghabiskan eksperimen pada hari itu, kami tidak sempat mengadakan viva. Sebaik balik ke bilik, aku terus tidur.
Demam dah beransur pulih. Cuma masih batuk lagi. Satu lagi sakit muncul. Ada ulser. Bukan di mulut, tapi dalam tekak. Saiznya bukan main besar lagi, sekitar 0.5cm. Nak telan makanan pun sakit.
Hari Jumaat, sehari sebelum Ramadhan, aku mengajak seorang kawan baik untuk makan chicken chop bersama-sama. Dah mengidam sangat nak makan, walaupun tekak ada ulser. Makan dengan perlahan, sakit masa menelan. Memang perit sangat.
Sakit ulser ni, tambah-tambah dalam bulan puasa memang sangat memeritkan. Setiap kali minum air, rasa sakit sangat. Sampai nak menangis rasanya. Macam tu lah setiap kali berbuka dan bersahur. Namun, ulser itu beransur sembuh dan sudah boleh menelan seperti biasa.
Sihat dan ceria
Semalam, aku mula berasa semakin sihat. Ulser pun sudah semakin hilang. Mood pun dah kembali ceria. Rasa gembira dan seperti hidup semula. Seseorang itu juga telah meminta maaf pada malam pertama Ramadhan. Maaf diterima. Dan banyak lagi perkara yang mengembirakan berlaku.
Mood blogging pun dah datang balik. Hanya dengan sakit yang dilalui, baru aku belajar rasanya nikmat sihat dan kebolehan untuk menelan seperti biasa, sangatlah aku syukuri. Alhamdulillah, aku merasakan keadaan sudah kembali seperti biasa. Masa untuk kejar balik apa yang tertinggal dan ada test menanti!
beliamuda: entri personal macam ni paling senang nak ditulis panjang! [Kredit gambar 1]
Pingback: Imbas kembali September 2009 | beliamuda {dot} com
Pingback: Marah dan Tidur | beliamuda {dot} com
semalam tekak aq sakit + demam. harini aq tgk tekak aq ade ulser besar n banyak sgt. aq takut kalau ade apa2 terjadi sebab aq takut pergi klinik. dah 1 hari aq x mkn2. lapar sangat rase. pdih sangat nak telan air n makanan. humm . aq bernazar kalau ulser aq sembuh dengan cepat, aq nak sedekah anak yatim RM50 . doakan aq cepat sebuh ye. trimas n salam ..
@apy, amin.
ni dah sembuh ke belum?