Salam sejahtera buat semua.
Nampaknya sudah agak lama semenjak kali terakhir koleksi kata-kata hikmah disiarkan di blog ini. Banyak benda lain yang perlu ditulis. Walaupun begitu, kata-kata hikmah telah menjadi antara penyumbang utama trafik ke blog ini.
Rasanya sudah tiba masa untuk menyiarkan kata-kata hikmah yang setersunya. Kata-kata hikmah kali ini dipilih kali ini pendek sahaja, namun maksud dan huraiannya mungkin lebih panjang daripada entri ini.
Hayatilah kata-kata hikmah ini:
-
Kekitaan yang erat tiada yang berat.
Perlunya kita kemaskan semangat perpaduan dan saling membantu, kerana di situ letaknya titik kekuatan. Sebatang lidi mudah dipatahkan, tapi tidak segenggam lidi.
- Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.
Dalam setiap laku dan pekerjaan, perlunya ada kesabaran. Tanpanya, mudah sahaja kita putus semangat di tengah jalan. Ketekunan pula membawa diri lebih hampir dengan kejayaan yang ingin dicapai.
- Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang.
Setiap yang dilahirkan di dunia ini mempunyai peluang masing-masing untuk memilih ruang hidup mereka. Setiap daripada kita tidak pernah tahu apakah yang akan kita lalui sepanjang hidup, sama ada suatu kesenangan atau kepayahan.
- Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati.
Ada ilmu, curah-curahkanla. Tidak akan rugi sedikit kalau ilmu itu dicurahkan. Bukan seperti harta dunia.
-
Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair.
Hayat manusia pendek sahaja. Nikmatilah hidup dengan panduan yang telah diberikan. Kita ada dua khazanah yang tidak ternilai iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Kita hidup mesti ENJOY, bukannya enjoy!
- Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.
SATU hadir sebelum DUA dan TIGA hadir selepas itu…
- Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.
Hmm… tapi senangkah mencari yang sebutir itu? Atau menjadi yang sebutir itu?
- Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.
Ada sesiapa nak jelaskan?
- Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju.
Berani gagal! Tiada kehidupan tanpa risiko, kerana risiko adalah kehidupan kita.
beliamuda: huraian ringkas tersebut datang sepintas lalu dan spontan… kalau ada yang nak menambah, silakan…
terbaekkk….mau share..yekkk2…timazzz….
@diana, silakan. saya amat alu-alukan.