Salam kesejahteraan buat semua.
Sejak beberapa hari lalu, jumlah kematian akibat H1N1 telah meningkat. Kes kematian keempat berkaitan H1N1 dicatatkan pagi semalam, yang melibatkan remaja perempuan berusia 20 tahun (baya-baya aku je).
PUTRAJAYA 29 Julai – Seorang wanita rakyat Malaysia berusia 20 tahun merupakan mangsa keempat yang meninggal dunia akibat Influenza A(H1N1) pagi semalam di Hospital Melaka, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Ismail Merican di Putrajaya hari ini.
Dengan kematian keempat ini, keresahan makin meresap dalam jiwa rakyat Malaysia. Mana taknya, seorang remaja yang berusia 20 tahun boleh dikatakan mempunyai daya tahan paling optimum dalam hayat hidup seorang manusia.Sedangkan tiga kes kematian yang sebelum ini dikaitkan dengan pelbagai penyakit kronik yang lain.
Peningkatan jumlah jangkitan tempatan juga menimbulkan kerisauan. Ini menunjukkan virus ini seakan sudah mula untuk merebak dalam kalangan penduduk tanpa halangan. Adakah kita telah mengambil cukup langkah untuk menangani masalah ini di peringkat nasional?
Lagi universiti ditutup
Jika sebelum ini kes H1N1 membawa kepada penutupan empat buah kampus UiTM (Lendu, Permatang Pauh, Seri Iskandar dan Dungun) yang seterusnya membawa kepada arahan penutupan sementara kepada seluruh UiTM, beberapa buah Institut Pengajian Tinggi (IPT) turut bertindak demikian.
Antaranya ialah Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kejuruteraan. Penutupan UPM dikatakan untuk mengekang masalah H1N1 yang telah disahkan menjangkiti empat penuntut intitusi itu. Sumber berita boleh dibaca di Mahasiswakini.
Semalam, seorang rakan blogger yang berada di sekitar USM Kampus Kejuteraan mengutarakan bilakah USM kampus itu bakal ditutup kerana lapan orang pelajar telah disahkan positif H1N1. Namun, adik saya memaklumkan masih belum ada apa-apa berita lagi.
Awal pagi tadi, Mama menelefon untuk memberitahu yang adik saya yang berada di kampus itu telah diarahkan pulang mulai hari ini. Sejurus itu, adik saya sendiri memaklumkan tentang berita penutupan itu kepada saya. Sebelum pulang, semua pelajar dikehendaki melalui ujian pemeriksaan kesihatan.
Terdapat beberapa lagi intitusi pengajian lain yang turut diarah tutup sementara.
Rasional Penutupan
Hari ini, Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah berharap Kementerian Kesihatan mengkaji semula langkah penutupan universiti berikutan jangkitan H1N1.
Beliau berkata, langkah penutupan itu kurang sesuai kerana menyukarkan tugas harian pihak pengurusan universiti termasuk bahagian keselamatan yang perlu memastikan keadaan bangunan sentiasa selamat. <Utusan Malaysia Online>
Satu persoalan di sini. Ada kemungkinan pelajar yang diarahkan pulang adalah sihat pada waktu tersebut. Namun, tiada siapa dapat memastikan yang pelajar tersebut bebas daripada H1N1. Kita tidak pasti apakah pelajar tersebut turut membawa virus itu bersamanya. Jadi, dalam perjalanan pulang sehingga tiba di rumah, sudah berapa ramaikah mereka yang mungkin telah berhubungan dengan pelajar tersebut? Bukankan ini menyumbang kepada penyebaran virus H1N1?
Silalah kongsikan pandangan anda tentang persoalan ini.
beliamuda: H1N1, moga dijauhkan… Tamiflu mungkin akan menjadi tak berkesan suatu masa nanti…
sila ke laman web saya untuk mengetahui langkah untuk mengatasi H1N1…sama2 kte mencegah H1N1…kerjasama sangat dihargai…=)