H1N1: UiTM Shah Alam pula ditutup

Salam sejahtera buat semua.

Lewat tengah hari tadi, aku mendapat satu berita daripada seorang kawan. Katanya UiTM Shah Alam telah diarahkan tutup selama beberapa hari. Rasanya seminggu. Setakat aku menulis entri ni, belum ada lagi mana-mana media massa tanah air menyiarkan tentang penutupan UiTM Shah Alam.

Berikut adalah sms yang telah diterima oleh seorang pelajar UiTM Shah Alam.

Kredit kepada pemilik gambar

“Dgn ini di umumkan bahawa kampus uitm shah alam di tutup dr 27.07.09 – 02.08.09 atas sebab2 yg tertantu.. Harap maklum -pihak pengurusan masscomm.”

Nampaknya ini menjadikan UiTM kelima yang ditutup setelah UiTM Lendu, Permatang Pauh, Seri Iskandar dan Dungun. Daripada mesej tersebut, masih belum pasti sebab apakah UiTM Shah Alam ditutup. Selain UiTM, ada lagi satu Institut Pengajian Tinggi yang ditutup iaitu Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Maktab Tentera Diraja Malaysia (MTD). Kedua-dua institusi ini ditutup mulai 22 Julai.

beliamuda: nantikan pengesahan dipaparkan di media massa…

Kemaskini 7:07 PM

Dalam menanti perngesahan penutupan UiTM Shah Alam, UiTM Jengka telah disahkan tutup. Khabarnya, lima orang pelajar disahkan positif H1N1. Namun perkara ini disangkal oleh Timbalan Pengarah Kampus Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM Jengka.

Sebaliknya, jelas beliau, arahan bercuti itu dikeluarkan kerana mengikut langkah yang diambil oleh empat kampus UiTM sebelum ini yang ditutup sementara akibat wabak H1N1.

Sumber: Utusan Malaysia Online

beliamuda: kenapakah asyik UiTM je yang ditutup ni? moga dijauhkan daripada penyakit ini…

Kemaskini 10:04 PM

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengumumkan cuti pertengahan semester bagi sesi pengajian Julai-November 2009 dipercepatkan bermula 27 Julai ini berikutan kes jangkitan Influenza A (H1N1) di beberapa kampus cawangannya.

Menurut kenyataan Jabatan Koporat UiTM, cuti semester itu diawalkan kepada 27 Julai hingga 2 Ogos berbanding cuti yang dijadualkan terdahulu dari 17 September hingga 27 September.

Cuti semester baru itu berkuatkuasa bagi seluruh cawangan UiTM termasuk kampus induk Shah Alam kecuali bagi kampus Lendu di Melaka.

Sumber: Blogger UiTM

beliamuda: macam tu hal sebenar rupanya.. tapi kan, tarikh cuti sem yang sebenar tu kan dalam Raya.. diorang cuti ke tak ya? hehe…

17 thoughts on “H1N1: UiTM Shah Alam pula ditutup

    • entahla.. mudah sangat merebak penyakit ni.. rasanya, perlu wajib terus pemakaian mask untuk seluruh manusia yang ada di Malaysia ni.. haha.. ke ekstrim sangat eh? nak tunggu vaksin, rasanya cam lambat lagi.. moga tubuh kita dapat mencipta antibodi yang mampu membasmi virus ini.. dengan izin ALLAH

    • karut la mung ni.. wei, aku dengar Abang Sufian, sepupu aku tu, kena kuarantin. Mak aku yang cakap. Katanya ada H1N1. Terkejut gak aku.
      Aku try kontek dia, tapi tak dapat lak. Mung ada tahu apa-apa pasal ni?

    • masalahnya, bukan semua UiTM tu yang kena H1N1.. alasan semua tutup sebab banyak sangat jangkitan di UiTM. So, UiTM seluruh negara ditutup..

      ~~ada juga pihak atasan di UiTM tertentu yang menafikan kewujudan H1N1 di dalam kampus mereka..

  1. kalau babi dh bermaharjalela kt bumi malaysia pakai mask 100 layer pon x cukop, dh2 rentikan jer, ni sumer terjadi pasal byk dosa kt malaysia ni, taubat awal2 kalau dh kena

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge