ViVA ELITE: Perbandingan dan Harga

Salam sejahter buat semua.

Rajin pula ya aku nak buat entri followup untuk entri gambar Perodua ViVA ELITE yang baru dilancarkan semalam. Seperti diduga, entri tersebut tidak menghampakan aku apabila menerima trafik yang tinggi dalam jangka masa 24 jam. Agak tinggi la untuk blog tuan hamba yang hina dina ni…

Aku sebenarnya pun ada kisah tersendiri dengan ViVA ni. Izinkan aku bercerita perihal ini dahulu.

Di rumah aku, ada dua kereta yang selalu dipakai. Kereta Kancil dan kereta ViVA. Kancil tu Abah yang pakai. Sementara ViVA tu Mama punya. Masa awal-awal lepas aku dapat lesen, memang aku baham bawa Kancil je la. Mana taknya, kan Kancil tu kereta rasmi pusat latihan memandu.

Oleh kerana dah terlalu biasa dengan Kancil, memang itu je lah yang selalu aku pandu. Tak lama kemudian, mama mula jatuh hati dengan ViVA. Lepas tu, terus mama beli ViVA sebagai kenderaannya. Masa mula-mula aku bawa ViVA tu, rasa macam kekok sikit. Mungkin sebab dah lama sangat dengan Kancil kot.

Tapi, lama-kelamaan aku menjadi semakin serasi dengan ViVA. Pernah abah tanya, “Mana lebih best, Kancil ke ViVA?”. Sah-sah la aku jawab ViVA. Tapi, bukannya nak dapat kat aku pun ViVA tu.. haha..

Sekali abah pernah buka cerita. Katanya, aku ni tak cukup kriteria lagi nak dapat kereta sendiri. Memang banyak lagi la tak cukup. Kata abah lagi, kalau nak ada kereta sendiri, pandai-pandai la sediakan duit pendahuluan. Dengar je ayat tu, macam lambat lagi la gayanya. Mama pula takut aku pergi merata dengan kereta tu nanti…

Ok, cukup setakat itu. NOKTAH.

Rasanya, ramai lagi yang tak nampak sangat apa beza fizikal antara ViVA biasa dengan varian ELITE ni. Oleh itu, cuba tengok gambar di perbandingan di bawah.

Klik imej untuk paparan sebenar

Klik imej untuk paparan sebenar

viva-rear-comparison.jpg_770

Klik imej untuk paparan sebenar

Di bawah ni pula adalah screenshot yang aku buat untuk harga bagi ketiga-tiga jenis ViVA ELITE; MT, AT dan EZi.

ViVA ELITE MT

ViVA ELITE MT

ViVA ELITE AT

ViVA ELITE AT

ViVA ELITE EZi

ViVA ELITE EZi

beliamuda: sape la nak bagi kereta free kan?

21 thoughts on “ViVA ELITE: Perbandingan dan Harga

    • banyak la yang muflis nanti.. bukan orang lain.. student tu sendiri la..
      tak silap aku, agak ramai juga belia yang berumur sekitar 25 tahun telah diisyhtiharkan muflis disebabkan hutang yang bertimbun…
      (dalam kes ni, hutang kad kredit…)

  1. oooo….xde la byk beza…
    bagi aku kereta dh jadi keperluan…x kisah sgt exterior dia…hihi

    ko student lg ke?klu student x pyh la ada kereta sendiri dulu unless FAMA nak support….
    bila dh kerja boleh la ambik kreta…aku ambik full loan…okay je….yg penting hutang bayar…hihi
    .-= HuRuL_AiNi´s last blog ..Syurga Cinta =-.

    • @alinda,
      memangla dalam gmbar nmpak la cntik…bila tgk luar x cntik sangt la…
      erm waran putih cntik la

  2. so nak pakai kereta sebelum raya nie,tapi nak downpayemt 0..boleh tak?kalu boleh saya nak secepat mungkin sebelum raya nie…kalau boleh call saya di number edit(leo)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge