Salam sejahtera buat semua.
Sejak dunia digegarkan dengan kedatangan H1N1 lewat April lalu yang muncul buat pertama kali di Mexico, ia telah merebak hampir keseluruh pelusuk dunia. Dikatakan ramai yang telah dijangkiti. Statistik setakat entri ini ditulis mengatakan bahawa jumlah mereka yang dijangkiti setakat ini ialah 133,635 orang dengan 760 kematian (statisitik 19 Julai 2009, Jam 8 pagi).
Sementara itu, di Malaysia setakat ini dilaporkan bahawa jumlah kes yang disahkan ialah 877 orang (setakat 21 Julai 2009, Jam 8 pagi). 862 pesakit (98%) telah sembuh dan 9 orang (1%) sedang menerima rawatan di hospital, manakala 6 pesakit (1%) masih meneruskan rawatan di rumah. Setakat ini belum ada kematian berpunca daripada H1N1 dilaporkan.
Alhamdulillah, setakat ini masih belum ada kematian dilaporkan di negara kita. Di Singapura, telah dilaporkan terdapat satu kematian pada 18 Julai lalu. Itupun kerana pesakit tersebut telah mengalami pelbagai jenis penyakit kronik yang lain.
Mengikut Kementerian Kesihatan Malaysia, mereka yang berisiko tinggi akibat jangkitan H1N1 ialah:
-
Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun
-
Individu berusia 65 tahun dan ke atas
-
Kanak-kanak dan remaja (< 18 tahun) yang menggunakan terapi aspirin untuk jangkamasa yang panjang
-
Wanita mengandung
-
Dewasa dan kanak-kanak dengan asma, penyakit pernafasan kronik obstruktif, kegagalan organ, penyakit kardiovascular, hepatik, heamatologikal, neurologik, neuromuscular atau masalah metabolik seperti Diabetes Mellitus
-
Dewasa dan kanak-kanan yang mengalami daya ketahanan yang rendah (immunosuppression)
-
Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain
Secara kasarnya, mereka yang berisiko tinggi ialah mereka yang tidak mempunyai daya tahan yang cukup kuat untuk menahan serangan virus ini. Kebersihan juga merupakan salah satu kunci penting dalam menangani H1N1.
Tiga pertanyaan saya tujukan di sini:
-
Apakah yang anda akan lakukan jika kawan atau mereka berdekatan anda dikenakan kuarantin atas sebab disyaki dijangkiti H1N1?
-
Apakah yang anda akan lakukan jika kawan atau mereka berdekatan anda disahkan dijangkiti H1N1?
-
Apakah persepsi anda terhadap pandemik H1N1?
Rujukan:
- World Health Organization (WHO) – Statistik H1N1
- Portal H1N1, Kementerian Kesihatan Malaysia
- S’pura sahkan kematian pertama berkaitan Influenza H1N1, Utusan Malaysia
1.Apakah yang anda akan lakukan jika kawan atau mereka berdekatan anda dikenakan kuarantin atas sebab disyaki dijangkiti H1N1? jauhi mereka serta merta
2. Apakah yang anda akan lakukan jika kawan atau mereka berdekatan anda disahkan dijangkiti H1N1? pulaukan mereka
3. Apakah persepsi anda terhadap pandemik H1N1? ini semua konspirasi…
1.Apakah yang anda akan lakukan jika kawan atau mereka berdekatan anda dikenakan kuarantin atas sebab disyaki dijangkiti H1N1? hantar ke kubur lah..hahaa.hntr ospital.
2. Apakah yang anda akan lakukan jika kawan atau mereka berdekatan anda disahkan dijangkiti H1N1? ajak dorg tgk wyg utk kali terakhir..heeheh….jage2 diri kita plk ler…
3. Apakah persepsi anda terhadap pandemik H1N1? makin HOT…
.-= PutraMalaya´s last blog ..Tanda-Tanda Pendek Umur =-.