Salam sejahtera buat semua.
Kalau hari yang cerah untuk jiwa yang sepi, hari yang redup ni untuk jiwa yang macam mana pulak ya? Tapi, hari ni memang best la. Bangun awal pagi, tengok keadaan kat luar bilik masih lagi gelap. Kebiasaannya bilik aku ni akan disinari cahaya yang panas dan terik sebab memang kedudukan tingkap aku ni menghadap arah matahari terbit.
Semalam merupakan hari pertama sesi semester July 2009. Ramai jugaklah geng yang gembira sebab dapat kembali semula ke sekolah dalam lecture. Aku agak bernasib baik sebab kelas pertama aku adalah pada pukul 10 sementara sebahagian rakan seperjuangan yang lain telah pun terpaksa menggagahkan diri ke kelas seawal jam 8 pagi.
Kelas pertama agak terganggu sikit sebab komputer buat hal menyebabkan sesi kelas terpaksa dijalankan secara manual. Dr Mohanad, pensyarah yang mengajar subjek Process Safety and Loss Prevention pada pagi tu pernah mengajar subjek Health, Safety and Environment.
Kelas kedua agak menarik kerana pensyarahnya yang begitu energetic, Dr Lau. Kelas kedua ni habis dalam masa setengah jam sahaja dan ini memberi masa kepada kami untuk bergerak ke kelas seterusnya di Poket D.
Secara keseluruhannya, kelas kali ini berbeza sedikit daripada semester lepas di mana sem lepas semua lecturer adalah daripada luar negara dan kali ini rasanya hanya dua sahaja. Kelas Probability and Statistic pun boleh tahan jugak.
Tapi, yang tak boleh tahan ialah Dr Kuzi, pensyarah untuk Reaction Engineering. Awal-awal masuk dah menerima sorakan daripada pelajar (aku senyap jek). Objektif utama pelajaran kami adalah untuk have FUN. Dia siap masukkan lagi objektif ni ke dalam elearning. Objektif utama ni diberikan oleh Shamsul @ Supel yang telah diserang secara bertubi-tubi sepanjang kelas (takde la berterusan kot).
Nasib baik aku tak duduk kat sebelah dia. Kalau tak, sekali dengan aku dia kasi tembak. Dr Kuzi ni dah berada di AS selama 10 tahun dan merupakan orang industri. Dia baru sahaja mengajar selama dua tahun. Tapi, dengar senior kata dia ni tegas sikit. Setakat ni nampak ok lagi. Harapnya, segalanya berjalan baik untuk sepanjang sem.
Kembali semula kepada hari ni. Sekali lagi kami di Group 2 beruntung sebab kelas pertama akan bermula selewat pukul 4 petang, sementara kumpulan satu lagi telah pun memulakan kelas seawal jam 8 pagi. Haha.. rumet jangan jeles ek. Jadi, apa yang aku buat sepanjang pagi ni? Mengadap laptop je la kerjanya kan…
beliamuda: sepatutnya ada lab daripada pukul 9 sampai pukul 4, tapi yang tu akan mula pada minggu ketiga… kepada kawan-kawan yang dapat cuti seminggu tu, semoga cepat sembuh!
hehe. trimas2 utk wish itu. cepat lah habis kuarantin. bosan tau~
seminggu je.. boleh nikmati masa free ni sebelum mula busy nanti..
saye nak comment.tapi saye tidak tahu mau comment apa. jaditidak ada comment 🙂
wah2.. tapi ni dah masuk kawasan komen.. hehe…
bukan redup la..
jerebu..
.-= hazwan´s last blog ..Hari Pertama =-.
kejadahnya.. aku pandang ke langit la.. nampak la kepulan awan redup..