Salam sejahtera untuk semua.
Hari ini dunia mencatatkan sejarah tersendiri apabila gerhana matahari penuh paling lama dalam abad ke 21 telah berlaku. Sementara kita yang berada di Malaysia hanya berkesempatan untuk melihat gerhana matahari separuh sahaja. Tapi, aku tak nampak apa-apa gerhana pun. Mungkin sebab daya penghilatan jadi lemah sebab gerhana kot (ok, yang ni mengarut..).
Di sini saya kongsikan gambar-gambar gerhana yang direkodkan di negara-negara yang mengalami gerhana penuh.
Untuk gambar selebihnya, anda boleh lihat di sini dan sini ataupun cari sahaja di Google.
Selain itu, terdapat juga beberapa video gerhana matahari yang telah direkodkan.
UiTM Seri Iskandar ditutup
Ini merupakan satu berita yang mengejutkan aku, terutamanya kerana UiTM ni boleh dianggap sebagai jiran sebelah (walaupun jauh gak la). UiTM Seri Iskandar pada awalnya telah melaporkan 55 jangkitan influenza-like-illness (ILI). Pada awalnya, tiada sebarang masalah dan dikatakan keadaan adalah stabil.
Sebentar tadi, bilangan jangkitan yang direkodkan telah meningkat kepada 280 orang. Oleh kerana berlaku peningkatan mendadak ini, UiTM SI telah diarahkan tutup walaupun ia bukanlah disahkan sebagai H1N1.
Ada juga terasa aura penyakit ni sebab baru-baru ini ada beberapa orang pelajar UTP yang diarahkan untuk menjalankan self-isolation. Ada antara mereka yang telah sembuh dan dibebaskan daripada self-isolation. Diharap, masalah ini tidak melarat ke tahap penutupan institusi ini.
Berita lanjut tentang penutupan UiTM SI boleh disemak di Utusan Malaysia Online.
beliamuda: bukannya best kena tutup ni… rumah gua bukannya dekat…
waah smart la pic yg kedua tu..erm semua ini kuasa ALLaH
.-= broSKL´s last blog ..blogging secara tidak normal =-.
subhanallah.. semua ini kekuasaan ALLAH.. rasanya sepanjang hidup ni pernah tengok gerhana matahari cincin jek..
Cantiknya gambar2 gerhana tu. Itulah kebesaran Allah!
.-= Precious´s last blog ..070809 =-.
ini sebahagian saja yang saya ambil.. ada lagi gambar-gambar lain yang berada di luar sana.. :-)..
aku nak sangat tengok live
.-= loq´s last blog ..Pasukan Bomba Jasin Memang Hampeh! =-.
kalau ko nak, aku pun nak jugak.. tapi, bila peluang tu nak datang ya?
Picture kedua tu cantik giler. Mula2 tengok tak perasan…ingatkan bulan. Tapi biler perhati bet0l2 rupa2 cam bulan menara masjid jer.. 😀
.-= Izo´s last blog ..Gerhana Matahari… =-.
rasanya gambar gerhana tu dia overlap ngan bulan menara masjid…
mmg lawa gmbar 2nd tu..
.-= hazwan´s last blog ..Munajat Cinta =-.
nampaknya aku tidak silap untuk berkongsi gambar itu di sini…
subhanallah..
sygnya tak dpt nk tngok dgn mata sndiri T_T
kalau gerhana matahari ni, memang susah sikit nak muncul kat satu-satu tempat. tambahan pula ia tidak sekerap gerhana bulan.. kalau dapat gerhana separa pun boleh tahan.. cuma rasa “thrill” masa bergelap time gerhana penuh tu tak de la kot…
cnatik2 gambar kat ats tu..kuasa tuhan melebihi segalanya.
syg x dpt tgk.
shantikknyee…subhanallah