Kelantan bakal menjadi negeri WiFi dalam masa dua tahun

Dalam masa dua tahun yang mendatang, Kelantan akan dilengkapi dengan WiFi di kebanyakan kawasan bandar utama apabila kerajaan negeri memperkenalkan servis Internet Jalur Lebar di negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga itu.

Projek ini dijalankan dengan kerjasama oleh Permodalan Kelantan Berhad (PKB) dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan bersama dengan sebuah syarikat swasta. Kalau tak silap, nama syarikat tersebut ialah Aptus Net (syarikat yang menaja blog Tok Guru). Buat masa sekarang, servis WiFi sudah boleh diddapati di beberapa kawasan terpilih.

Buat masa ini, lebih tiga puluh lapan lokasi telah dikenal pasti di beberapa kawasan bandar utama, terutama Kota Bharu. Buat masa ini, kerajaan tempatan telah menyediakan lebbih kurang RM450 000 untuk bidang ICT dan RM70 000 untuk program ICT di pendalaman.

Ianya dijangka, kebanyakkan kawasan bandar utama di Kelantan bakal mendapat sambungan internet 24-jam dalam jangka masa dua tahun lagi. Selain itu, kerajaan tempatan juga dalam perancangan untuk membangunkan pusat latihan multimedia melalui Darul Digital untuk membangunkan masyarakat celik IT di Kelantan.

[Amanz dan Bernama]

Comments

3 responses to “Kelantan bakal menjadi negeri WiFi dalam masa dua tahun”

  1. hafiz el hilmi Avatar

    kemah org klate!!!
    jange ingt klate xdok pembangune..
    nanti jange kejut klu org mengkebang nge gual priok boleh baco blog aku..haha..

    tahniah kerajaan kelantan!

    1. beliamuda Avatar

      alasan takde pembangunan tu cuma satu isu yang cuba dibangkitkan oleh satu pihak yang tidak tahu keadaan sebenar…

  2. takings Avatar

    i’m proud to be klaterian!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge