Berakhirnya kelas untuk sem Jan 09

trio-pensil-mekanikal

Kalau ikutkan hati, nak je aku tulis tajuk entri sebagai “Berakhirnya sem ini“.  Itulah yang aku sebut-sebut kepada rakan-rakan sepanjang hari ini. Lagipun, hari ini aku cuma ada kelas pukul 8 pagi sahaja. Yang lain ada yang ada lab PHT ataupun Sepro. Yang lagi parah, ada dua lab sekali gus. Kesian. Itulah, kamu dah banyak rilek pada minggu-minggu yang lepas. Kini giliran kami yang telah bertungkus lumus, berhempas pulas dengan lab report sebelum ini untuk berehat dan menikmati hari sambil bersedia untuk Test 3 Thermo pada sebelah petangnya…

Secara logik akal, memang sem ini belum lagi berakhir. Sem ini baru sahaja menghampiri ke kemuncaknya. Kebetulan pula esok adalah cuti Hari Pekerja, pada awalnya aku tidak sedar yang aku telah menghampiri penghujung sem ini. Semua kelas-kelas lecture telah berakhir. Aku terkilan sebab tak dapat hadir ke kelas PHT oleh Dr Ye Lewin. Padahal, akulah yang mengatakan akan datang ke kelasnya jika dia adakan kelas pada hari Rabu lepas. Namun, projek Thermo yang belum siap memaksa aku memilih yang lebih penting. Nasib baik ada beberapa sahabat lain yang hadir ke kelas tersebut. Kalau tak, sia-sia dia datang dan tak pasal-pasal dia nyumpah aku tipu dia. Haha…

Pelajar di UTP akhirnya sedang menghampiri kemuncak untuk sem ini. Minggu depan bermulanya study week yang kemudiannya akan diikuti oleh exam week selama tiga minggu. Nasib baiklah jadual telah kembali waras. Namun, aku sedikit gusar kerana penguasaan untuk setiap subjek yang masih lemah dan jauh daripada apa yang aku target. Semoga aku diberi kekuatan untuk menempuh study week dengan mentelaah pelajaran dan bukannya asyik dengan Internet sahaja. Bab kata Kacang, “Battle plan kena mantap”.

Sebenarnya mood aku sedang sangat gembira sekarang ni. Kalau boleh tersenyum tu, sampai telinga la kot. Ada beberapa perkara yang tanpa diduga telah berlaku dan semestinya telah memberikan kesenangan kepada jiwa aku yang sepanjang minggu ini dilanda resah. Aku bersyukur sangat. ALHAMDULILLAH!!!

beliamuda: sejak blog aku diserang makhluk perosak bernama SPAM, aku telah memasang Akismet. Terima kasih kepadanya kerana berjaya menangkap 33 komen SPAM pada hari ni. Kalau tak, jenuh nak delete satu-satu… masih sibuk lagi sekarang ni.. tak sempat nak usha benda-benda teknikal yang berkaitan dengan blog…

8 thoughts on “Berakhirnya kelas untuk sem Jan 09

  1. tau tak camna nak senyum sampai ke telinga??
    hah, caranya ambik pisau cuba letak hujung dibibir dan tarik sket hingga ke telinga.. kesakitan tu memang ada, tapi kenikmatan tu memamgn terasa.. lepas tu, hah senyum la anda sepuasnya..

    p/s: memang lumrah manusia, akan mengulas atau peka dengan isu yang kecil..haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge