Tag: UTP

  • Adakah Anda Telah Bersedia Untuk CJ07 Crazy Morning?

    Salam sejahtera buat semua.

    Logo CJ7 Crazy Morning

    Idea yang bercambah tidak lama dahulu dalam kalangan CJ07 kini hampir menjadi kenyataan. Semasa Second Year, Second Sem kita pernah berkelah bersama-sama di pagi Jumaat yang indah di Teluk Senangin. Memandangkan bagi sem ini tiada aktiviti bersama yang dirancang untuk dilaksanakan atas kesibukan masing-masing, CJ07 Crazy Morning menjadi medan, hasil usaha Zaki.

    Walaupun diperingkat awal CJ07 Crazy Morning menggunakan kod nama Operation Crazy (secara spontan disebut dalam emel pertama para komiti), ianya bertukar penjenamaan selepas itu. Idea diperingkat awal pun hanyalah sekadar sesi bergambar bagi CJ07 Yearbook dan video untuk legasi CJ07 (hasil akhir video ini akan dipaparkan pada sem depan, sem terakhir kita dalam majlis jamuan makan malam).

    (more…)

  • Rempuhan Lampu Merah Boleh Membawa Maut

    Salam sejahtera buat semua.

    Lampu isyarat

    Anggaplah tulisan kali ini adalah luahan hati seorang aku yang sedang bengang. Bengang dengan sikap pemandu kita yang boleh membawa kepada kecelakaan di jalan raya.

    Baru sahaja sebentar tadi aku melalui satu situasi yang mana beberapa orang pemandu merempuh lampu isyarat merah. Merah itu tandanya berhenti, bukan suruh ko gi langgar. Bongok!

    (more…)