Tag: UTP

  • Biasiswa JPA Bagi Program Ijazah Dalam Negara 2010

    Salam sejahtera buat semua.

    Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) adalah program biasiswa yang diberikan kepada pelajar cemerlang untuk meneruskan pengajian bagi peringkat ijazah di universiti dalam negara, yang tidak mendapat tempat dalam Program Biasiswa Nasional dan Program Ijazah Luar Negara (PILN).

    (more…)

  • Bilakah Tarikh Pengumuman Keputusan SPM 2009?

    Salam sejahtera buat semua.

    [Panas] Tarikh Pengumuman Keputusan SPM 2009

    Aish. Adik-adik ni. Memang tak sabar betul nak tahu bila keputusan SPM 2009 nak keluar. Abang tahu adik-adik semua berdebar menanti result SPM 2009 tu diumumkan. Abang pun pernah melalui debaran menanti keputusan SPM tidak lama dahulu, walaupun mungkin debaran banyak dihilangkan dengan kesibukan belajar di UTP.

    Makin dekat dengan tarikh pengumuman (biasanya sekitar awal bulan Mac), makin terasa berdebar adik-adik kita ni. Banyak juga yang duk bertanya di sini. Ada je peluang nak tanya sikit, memang tulis terus.

    (more…)

  • Surat Saman Pertama Setelah Tiga Tahun

    Salam sejahtera buat semua.

    surat saman utp
    Surat saman tersebut. Inilah contoh surat saman di UTP. Satu untuk pelajar, satu untuk Financial Department

    Sungguh tragis semalam. Saya sudah melengkapi semua syarat-syarat dan peraturan semasa berada di kawasan blok akademik. Lebih-lebih lagi apabila berkunjung ke Information Resource Center (IRC). Kawasan panas kot.

    Boleh kata kawasan segitiga bermuda yang paling berbahaya jika tidak mematuhi peraturan. Pak guard bersiap sedia dengan surat cinta keramatnya tu. Bila-bila masa-masa je boleh ditulis.

    (more…)

  • Hai, Nama Saya beliamuda

    Salam sejahtera buat semua.

    Baru je masuk minggu kedua untuk semester kelima untuk pengajian ijazah kejuruteraan kimia, Universiti Teknologi Petronas (UTP). Tapi rasa macam dah sibuk sangat. Nak kena kejar sana, kejar sini. Tu pun assignment masih belum ada lagi. Tutorial dan lab pun masih belum mula lagi.

    Mengambil idea tajuk yang hampir serupa dengan Jaws. Ni pun sebab baru je hadapi situasi yang hampir sama. Kalau Jaws latar tempat dia di kelas, saya pula mengambil latar tempat di bilik sendiri.

    (more…)