Salam sejahtera buat semua.
Anggaplah tulisan kali ini adalah luahan hati seorang aku yang sedang bengang. Bengang dengan sikap pemandu kita yang boleh membawa kepada kecelakaan di jalan raya.
Baru sahaja sebentar tadi aku melalui satu situasi yang mana beberapa orang pemandu merempuh lampu isyarat merah. Merah itu tandanya berhenti, bukan suruh ko gi langgar. Bongok!
Mesti korang anggap benda ni biasa je. Ya, memang biasa je kalau orang langgar lampu merah apabila lampu isyarat baru sahaja bertukar merah. Aku sendiri pun pernah buat. Tapi masalahnya sekarang ni, situasinya sudah berbeza apabila lampu arah lain telah betukar hijau untuk beberapa saat dan masih ada kereta dari arah lain yang mahu bergerak melintasi simpang tersebut.
Situasi yang aku nyatakan tersebut terjadi pada waktu malam dalam keadaan jarak penglihatan yang rendah. Katakanlah aku bergerak sebaik sahaja lampu hijau, apakah yang akan terjadi kepada aku? Kena langgar la jawabnya! Dah la kereta tu pecut laju.
Aku bernasib baik sebab aku dah biasa dengan keadaan di simpang tu dan dapat menggagak dengan jayanya yang kereta-kereta tersebut tidak ada niat untuk berhenti pun. Apabila dah nampak yang memang kereta tu tak nak berhenti pun, tangan aku dah sedia kat atas hon. Kereta tu lalu je, aku hon terus. Amik ko!
Ok, hon memang takde kesan pape pun kat dia. Habis tu, aku nak buat apa lagi? Nak pendam je dalam hati? Biar pemandu tu tahu sikit. Aku dah bagi amaran dengan hon tu. Lain kali pandai-pandai la nak beragak kalau dah bawa kereta tu.
Bayangkanlah pemandu lain yang tidak dapat menggagak kereta tersebut nak berhenti ke tak (lagipun tadi, selepas kereta pertama langgar, dua buah kereta di belakang – dalam satu atau dua saat di belakang, memang tidak membrek pun, sebaliknya memecut), tak ke naya je?
Dah la kat simpang tu selalu je dengar kes orang langgar lari. Yang langgar larinya dari arah tu je la. Kalau dah beberapa kali diri sendiri nampak situasi kereta-pecut-langgar-lampu-merah macam tu, tak tertahan jugak marahnya.
Kat mana situasi ni terjadi? Di simpang tiga pintu masuk utama ke Universiti Teknologi PETRONAS (UTP). Sekian, terima kasih.
Gambar hiasan semata-mata. Klik untuk ke sumber asal.
beliamuda: Berhati-hatilah di jalan raya. Selamat Hari Bapa.
Aku raso keno bubuh cctv ctu..pah sapo langgar nt sapa la surat madoh drp pokcik polis..ngejah so nipi..hahaha
@Mira, betul jugok tu. kalu ada CCTV, boleh observe sikit. Sape2 yang buat tu, saman je parok.
pergh..aritu budak utp yg kene langgar pun sbb cmni la..sbb lori langgar lampu merah..bengom!
hazwan´s last blog about ..Operasi Menyelamat Kucing di UTP
@hazwan, yes! sebab macam ni la. dah la yang tu naik motor. lagi parah kot.
marah benar ni boh
biasa la oghe jame loni
hijau – pergi
kuning – berjaga-jaga
merah – pecut laju-laju
penaberkala´s last blog about ..HADIAH ISTIMEWA SEMPENA #fathersday
@penaberkala, maroh la jugok. ado ko patut wat kijo lagu tu.
Bahaya juga tu
ada juga terjumpa pemandu yang suka langgar lampu merah ketika di lampu isyarat,apa salahnya berhenti sekejap je sementara tunggu lampu hijau
wazy´s last blog about ..Mumble less Monday #4: Rock Kapak 80-an
@wazy, memang bahaya bro. kes kemalangan pernah terjadi sebab lori tak berhenti di lampu merah. lepas tu lari je.