Adakah Anda Telah Bersedia Untuk CJ07 Crazy Morning?

Salam sejahtera buat semua.

Logo CJ7 Crazy Morning

Idea yang bercambah tidak lama dahulu dalam kalangan CJ07 kini hampir menjadi kenyataan. Semasa Second Year, Second Sem kita pernah berkelah bersama-sama di pagi Jumaat yang indah di Teluk Senangin. Memandangkan bagi sem ini tiada aktiviti bersama yang dirancang untuk dilaksanakan atas kesibukan masing-masing, CJ07 Crazy Morning menjadi medan, hasil usaha Zaki.

Walaupun diperingkat awal CJ07 Crazy Morning menggunakan kod nama Operation Crazy (secara spontan disebut dalam emel pertama para komiti), ianya bertukar penjenamaan selepas itu. Idea diperingkat awal pun hanyalah sekadar sesi bergambar bagi CJ07 Yearbook dan video untuk legasi CJ07 (hasil akhir video ini akan dipaparkan pada sem depan, sem terakhir kita dalam majlis jamuan makan malam).

Jadi, pastikan anda tidak terlepas peluang untuk turut serta dalam CJ07 Crazy Morning kerana ada sesuatu yang menarik dan nostalgia yang akan dihasilkan dalam video tersebut. CJ07 Crazy Morning akan menjadi salah satu latar penting dalam video tersebut.

Poster CJ7 Crazy Morning

Antara barisan komiti yang terlibat secara terus dalam aktiviti kali ini ialah:

  • Abang Long – Zaki
  • Sesi bergambar – Nasrullah, Faiz dan Irda
  • Video – Syazwan dan Sami
  • Aktiviti – Safwan Diah dan Hanifi (+Mayak, Ponci, Syida dan Yuyue)
  • PnP – Dayah (+Acab)

CJ07 Crazy Morning hanyalah permulaan untuk proses menghasilkan CJ07 Yearbook. Komiti yang terlibat dengan gambar dan video akan bekerja sehingga ke sem depan.

beliamuda: CJ07, please enjoy tomorrow dan jangan lupa turun awal.

4 thoughts on “Adakah Anda Telah Bersedia Untuk CJ07 Crazy Morning?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge