Category: Perayaan dan Peristiwa

  • Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2011

    Salam sejahtera buat semua.

    KLIBF 2011

    Baru semalam bertanya kepada Faris tentang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) @ Kuala Lumpur International Book Fair (KLIBF) 2011, sebab seingat saya KLIBF 2010 diadakan sekitar bulan Mac. Masa tu saya ada mengirimkan novel Cinta Sufi kepada seorang rakan.

    PBAKL 2011 akan dianjurkan pada 22 April – 1 Mei 2011 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dengan tema “Buku: Dunia Tanpa Sempadan”. PBAKL 2011 akan beroperasi daripada pukul 10 pagi sehingga 9 malam, setiap hari berbeza daripada PBAKL 2009.

    (more…)

  • Jadual PIKOM PC Fair 2011 Edisi Pertama

    Salam sejahtera buat semua.

    PIKOM PC Fair 2011

    Acara tahunan PIKOM (Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia) PC Fair kini kembali lagi untuk tahun 2011. PC Fair ini telah pun bermula sejak penghujung bulan Februari lalu dengan permulaan karnival di Melaka. Kalau tak silap, PIKOM PC Fair 2010 dilaksanakan sebanyak dua kali.

    Tetapi untuk tahun ini, PIKOM PC Fair 2011 bakal diadakan sebanyak tiga kali dalam tahun ini. Edisi pertama ini akan berlangsung dari Februari sehingga Mei 2011. Edisi kedua pameran tersebut bakal diadakan dari Jun hingga Julai, manakala edisi ketiga akan diadakan selama tiga bulan mulai Oktober hingga Disember. PIKOM PC Fair 2011 merupakan acara pertama yang akan diadakan untuk merayai PIKOM ulang tahun ke-25.

    (more…)