Salam sejahtera buat semua.
Acara tahunan PIKOM (Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia) PC Fair kini kembali lagi untuk tahun 2011. PC Fair ini telah pun bermula sejak penghujung bulan Februari lalu dengan permulaan karnival di Melaka. Kalau tak silap, PIKOM PC Fair 2010 dilaksanakan sebanyak dua kali.
Tetapi untuk tahun ini, PIKOM PC Fair 2011 bakal diadakan sebanyak tiga kali dalam tahun ini. Edisi pertama ini akan berlangsung dari Februari sehingga Mei 2011. Edisi kedua pameran tersebut bakal diadakan dari Jun hingga Julai, manakala edisi ketiga akan diadakan selama tiga bulan mulai Oktober hingga Disember. PIKOM PC Fair 2011 merupakan acara pertama yang akan diadakan untuk merayai PIKOM ulang tahun ke-25.
Rujuk jadual di bawah untuk PIKOM PC Fair 2011 edisi pertama. Anda boleh juga masuk ke portal PIKOM PC Fair 2011.
[ 25 – 27 Februari 2011 ]
– Melaka (MITC)
[ 4 – 6 Mac 2011 ]
– Johor Bahru (Level 1, Persada Johor)
– Muar (Dewan Jubli Intan)
– Kuantan (Exhibition Hall 1, Sultan Ahmad Shah international Convention Centre, The Zenith Hotel)
[ 10 – 12 Mac 2011 ]
– Kuala Terengganu (Pusat Dagangan Terengganu)
– Kota Bharu (Kompleks Balai Islam)
[ 11 – 13 Mac 2011 ]
– Penang (Dewan Tunku, KOMTAR Dome)
– Kota Kinabalu (1 Borneo LG Exhibition Hall)
[ 15 – 17 April 2011 ]
– Kuala Lumpur (KL Convention Centre)
– Batu Pahat (Batu Pahat Village Mall)
– Sungai Petani (Village Mall)
– Kuching (Permata Car Park)
– Tawau (Dewan Masyarakat)
[ 23 – 24 April 2011 ]
– Sibu (Sibu Trade & Exhibition Centre)
– Miri (Miri Indoor Stadium)
– Sandakan (Dewan Masyarakat)
– Seri Manjung (Dewan Merdeka)
[ 6 – 8 Mei 2011 ]
– Penang (PISA)
[ 19 – 21 Mei 2011 ]
– Kota Bharu (Kelantan Trade Centre)
[ 20 – 22 Mei 2011 ]
– Ipoh (Stadium Indera Mulia)
PC Fair 2011 akan turut menyaksikan satu lagi acara yang diadakan buat pertama kali – sempena sambutan ulang tahuan PIKOM ke-25, satu hadiah utama berupa Mazda 2 DN78 RAB (Special Edition) bernilai lebih RM100,000 akan diberikan kepada seorang pengunjung bertuah. Untuk melayakkan diri dalam cabutan bertuah tersebut, para pengunjung hanya perlu berbelanja sebanyak RM100 dalam satu resit tunggal di mana-mana lokasi PC Fair seluruh negara.
beliamuda: Macam ada can je nak pergi PC Fair di Kota Bharu pada hujung minggu depan kalau balik cuti mid-sem ni. Nak tunggu yang kat Ipoh, lambat lagi dan masa tu dalam cuti penghujung sem. PC Fair yang kedua di KB kat KTC tu memang kena dengan cuti akhir sem. Jadi peluang nak jejak kaki ke PC Fair tahun ni adalah tinggi. ^_^
adoyai Perlis tadak plak
@Wan, turun ke Kedah atau Penang la. Terpaksa. Huhu…
pandai dio susun jadual
ikut jadual utp kot,haha
cuti mid-sem dan cuti sem
klu demo nok gi, kawe nok join esp time cuti sem tuh,haha
cuti mid-sem ni xleh gi la
@penaberkala, tu la boh. stail molek. memang kena. nak gi serbu PC Fair dop?
wah, agak2nya iPad 2 ada jual tak kat PC Fair
Meow´s last blog about ..Cerekarama TV3 – Pintu Taubat
@Meow, ipad 2 x masuk malaysia lagi kot… 😀
Pisyek´s last blog about ..10 Kereta Konsep Terbaik 2011
@Meow, tak mungkin kot.
pergh!!!!! apesal Melaka dah lepas tapi aku tak tau pon.. adeh
topo´s last blog about ..Koleksi Gambar Punca Krisis Bekalan Air 48 Jam
@topo, hehe. ko sibuk sangat le tu? ataupun promo kurang. 😛
Pingback: Twitpic Sepanjang Minggu #2 | beliamuda {dot} com
Pingback: Jadual PIKOM PC Fair 2011 Edisi Kedua | beliamuda {dot} com