Category: Perayaan dan Peristiwa

  • Perjalanan UTP – PBAKL 2011 (Bahagian 1)

    Salam sejahtera buat semua.

    ETS Ipoh - KL Sentral

    Seperti yang telah dirancangkan bersama dengan Faris beberapa minggu yang lalu, rancangan untuk menjejakkan kaki ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) buat kali pertama akhirnya menjadi realiti. Turut serta dengan kami ialah Farhan Faiz yang menyatakan keinginan untuk turut serta setelah diajak oleh Faris.

    (more…)

  • Tema Hari Guru 2011: Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

    Salam sejahtera buat semua.

    banner hari guru 2011

    Sudah tidak sampai sebulan lagi sebelum Hari Guru 2011 disambut. Tepat 16 Mei 2011 nanti, sambutan Hari Guru akan berlangsung. Pelancaran perayaan Hari Guru peringkat kebangsaan ke-4 akan berlangsung di Borneo Convention Centre, Kuching, Sarawak.

    Tema bagi sambutan Hari Guru kali ke-40 untuk tahun 2011 ialah Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara. Mendalami tema Hari Guru 2011, cabaran pendidikan di sekolah masa kini telah banyak berubah sejak meletusnya teknologi maklumat. Sikap dan perwatakan pelajar juga berubah seiring dengan peredaran masa. Semua ini memerlukan guru untuk turut sama bergerak dalam iringan perubahan yang semakin deras.