Category: Perayaan dan Peristiwa

  • ADUN Kerdau Meninggal Dunia

    Salam sejahtera buat semua.

    ADUN Kerdau

    Lewat petang semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim daripada Umno dilaporkan meninggal dunia. Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya ketika dalam perjalanan ke hospital selepas dikatakan terjatuh di bilik air rumahnya.

    Zaharuddin seringkali keluar masuk hospital kerana pelbagai penyakit sejak setahun yang lalu kerana tekanan darah yang tidak menentu. 9 Mei lalu, Allahyarham pernaj dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana masalah buah pinggang dan jantung selepas pembedahan ulser usus.

    (more…)

  • Forum Perdana Hal Ehwal Islam di UTP

    Salam sejahtera buat semua.

    Forum Perdana Hal Ehwal Islam di UTP 2011

    Buat julung kalinya, Forum Perdana Hal Ehwal Islam bakal diadakan di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).