Category: Meja penulis

  • Ceritera panjang datang lagi

    Salam sejahtera buat semua.

    Kali ni aku nak menulis entri personal lagi. Apa salahnya sekali-sekala baca pasal diri aku kan (perasan! :p). Kebiasaanya, aku jarang menulis entri personal, terutama kalau aku dah berada dalam mode studi. Tapi, disebabkan cuti sekarang ni, aku ambil peluang untuk menulis entri personal macam ni.

    Kadang-kadang, kalau nak tulis entri macam ni, kena ada feeling yang lebih sikit. Bahasa untuk entri macam ni lebih santai sikit. Kalau aku nak tulis ayat skema dalam entri macam ni, macam buat esei la pulak.

  • Cuti yang membawa kalut dan keletihan (2)

    Salam sejahtera buat semua.

    Entri adalah sambungan daripada entri sebelumnya

    Semasa solat Jumaat, khutbah yang disampaikan adalah berkaitan H1N1. Imam mengambil peluang semasa membaca khutbah untuk mengumumkan penutupan UTP yang bermula pada pukul 3 petang. Sepanjang khutbah, Imam banyak mengingatkan tentang sebab datangnya H1N1 dan apakah yang perlu dilakukan. Kerana tiba agak lewat, saya tidak sempat untuk mendengar keseluruhan khutbah.

    Selesai sahaja solat Jumaat, saya mengambil peluang untuk membuka semula elearning. Nasib saya baik sebab dapat akses masuk dan membaca sendiri notis rasmi tersebut, sebelum menyalin dan menyiarkannya dalam entri di blog ini.

    (more…)