Category: Meja penulis

  • Cuti yang membawa kalut dan keletihan

    Salam sejahtera buat semua.

    Dua hari yang lalu, iaitu Jumaat lepas, saya ada memasukkan dua entri mengenai penutupan Universiti Teknologi Petronas (UTP). Dalam kekalutan menerima berita penutupan itu, pelbagai perkara dan masalah datang melintang.

    Lewat malam Jumaat tersebut, terdapat beberapa berita tersebar mengenai penutupan UTP. Namun, masih belum ada kesahihan akan hal tersebut. Yang ada hanyalah penyebaran notis tentang masalah terkini berkaitan H1N1 di UTP. Semasa membaca notis tersebut, tidak tergambar langsung yang UTP akan ditutup.

    (more…)

  • Entri ke-100?

    Salam sejahtera untuk semua.

    Mengambil mood petang yang agak redup lagi sunyi, aku menulis entri tanpa tujuan ini. Takde tujuan? Takde faedah la kalau begitu aku menulis kali ni. Hehe.. Entri khas ini ditujukan untuk menunjukkan penulisan aku dalam blog ini yang ke-100.

    Betul ke entri yang ke-100 ni? Sikit je la kalau 100 tu. Tak banyak pun. Kalau ikut apa yang ditulis kat ayat bawah tajuk entri sebelum ni, itu adalah entri ke-99 yang ditulis oleh beliamuda.

    Rasanya, itu adalah entri yang ditulis menggunakan penulis dengan profil beliamuda. Rasanya, jumlah entri dalam ni memang dah lebih 100. Tu pun, sebab campur dengan entri daripada blog lama.

    Cukup la dengan penulisan untuk entri ni. Saja nak masukkan gambar kenang-kenangan untuk entri ke-100 ni.

    (more…)