Category: Kehidupan

  • 091011

    Salam sejahtera buat semua.

    Tarikh menarik

    Agak tak patut untuk meletak tajuk entri dengan menggunakan angka sahaja. Tetapi itulah tarikh hari ini. Satu turutan nombor yang menarik iaitu bilangan menaik angka 9, 10 dan 11. Tiada apa yang istimewa pun.

    Tadi terperasan satu tuit daripada Penaberkala yang memperkatakan tentang tarikh hari ini yang lawa. Kalau pada tahun lalu, tarikh yang lawa adalah pada 101010, juga jatuh pada hari Ahad. Tapi pada tahun lalu, tiada pula yang saya tulis mengenai tarikh tersebut.

    (more…)

  • Salam Perkenalan Pertama

    Salam sejahtera buat semua.

    Kenangan Nokia 6233

    Detik 6 Ogos yang berlalu pergi dengan titik hitam dalam hidup, iaitu terlibat dalam kemalangan motorsikal kemudiannya dihiasi dengan sebuah salam perkenalan daripada seseorang yang tidak dikenali.

    Sedang leka berbaring di atas katil sambil menanggung sakit di badan yang masih menyengat, mata dirasakan malas untuk dibuka. Suasana sepi pagi Sabtu yang menyebabkan masing-masing bermalas-malasan sahaja untuk mengisi hujung minggu yang bosan.

    (more…)