Category: Kehidupan

  • Suka Duka Ku Silih Berganti

    Salam sejahtera buat semua.

    Bunga pagi yang indah

    Memulakan hujung minggu ini dengan hambar dan diiringi pula dengan kesunyian yang sedikit terasa pagi ini adalah tidak menyenangkan. Seolah-olah telah terasa bahawa hari ini akan menjadi hari yang tidak produktif, padahal saya kini berada dalam minggu-minggu yang kritikal dengan segala tanggungjawab di UTP.

    Fikiran dirasakan tidak terarah dan fokus untuk melakukan tugasan pada hari ini masih kabur. Dalam ayat yang lebih mudah, malas sedang menguasai diri. Cuaca di awal pagi pun mendung sedikit, namun kini telah semakin beransur cerah. Semoga fikiran saya juga seperti itu.

    (more…)

  • Pam Minyak Petrol RON95 Dengan Henpon Mahal

    Salam sejahtera buat semua.

    Pam dengan henpon

    Sebelum memulakan perjalanan kembali ke UTP awal pagi tadi, destinasi pertama dituju adalah stesen minyak. Tangki minyak kereta haruslah dipastikan berisi.

    Kebetulan menunggu giliran untuk mengepam minyak petrol, kereta dihadapan menggamit perhatian kerana nombor plat G1M (Gagasan 1Malaysia) yang digunakan. Di bahagian bawah plat tersebut adalah tertulis “God I’m Muslim”. Jadi, saya keluarkan henpon dan merakam sekeping gambar.