Category: Kehidupan

  • Tragedi 6 Ogos 2010: Kemalangan Motor di Kulim

    Salam sejahtera buat semua.

    Celesticos Tribe di Satay House Kulim
    Bergambar dengan sebahagian Celesticos Tribe di Satay House Kulim sehari sebelum tragedi. Dalam gambar ialah Zopo, Kak Wa, Saya, Aik, Jak dan Tajul.

    Mungkin ini adalah salah satu kisah yang ramai kawan-kawan saya tidak tahu kecuali mereka yang tinggal serumah dengan saya di Taman KTC 3 dan rakan-rakan yang lain yang berpraktikal sekali di Kulim Hi-Tech.

    Saya masih ingat lagi tarikh 6 Ogos 2010. Tarikh yang menjadi salah satu titik hitam dalam hidup saya yang mana saya terlibat dalam kemalangan motorsikal. Walaupun kecederaan yang dialami oleh saya tidaklah teruk sangat, tetapi apabila difikirkan balik, ada kemungkinan untuk terjadi sebaliknya.

    Segalanya bermula selepas waktu Maghrib pada hari tersebut, hari Jumaat. Masing-masing belum makan lagi kerana pulang daripada kerja pada pukul 5.30 petang. Pada waktu tersebut, baru sahaja seminggu sejak saya mula menggunakan kereta Viva.

    (more…)

  • Ucapan Selamat Berpuasa Daripada Rakyat Malaysia di Amerika Syarikat

    Salam sejahtera buat semua.

    Rumah Che Ibrahim

    Sesekali menerima ucapan selamat berpuasa daripada rakyat Malaysia yang berada di luar  negara, sedikit sebanyak membuatkan saya bersyukur menyambut Ramadhan di sini. Walaupun jauh juga dari kampung halaman, namun masih lagi berpeluang untuk bersama-sama dengan muslim yang lain dalam suasana yang selesa.

    Telahan saya, mungkin kemeriahan menyambut bulan Ramadhan di perantaun mungkin jauh berbeza, terutamanya jika berpuasa di negara yang majoriti penduduknya bukan beragam Islam.