Salam sejahtera buat semua.
Sebelum memulakan perjalanan kembali ke UTP awal pagi tadi, destinasi pertama dituju adalah stesen minyak. Tangki minyak kereta haruslah dipastikan berisi.
Kebetulan menunggu giliran untuk mengepam minyak petrol, kereta dihadapan menggamit perhatian kerana nombor plat G1M (Gagasan 1Malaysia) yang digunakan. Di bahagian bawah plat tersebut adalah tertulis “God I’m Muslim”. Jadi, saya keluarkan henpon dan merakam sekeping gambar.
Apabila tuan kereta kembali semula untuk mengisi minyak, saya perhatikan gelagat dia yang sibuk dengan henponnya. Telahan saya, dia menggunakan Nokia N8.
Agak mengejutkan melihat aksi individu ini yang seakan tidak pernah terdidik dengan langkah-langkah keselamatan mengisi petrol. Siap dibawa dekat pam lagi henpon tersebut. Memang peratus untuk nyalaan terjadi adalah rendah, tetapi kemungkinan yang ada tersebut boleh membawa bahaya kepada semua yang berada di sekitar.
Amat menyedihkan sungguh sikap ini. Dah la yang berada di belakang kereta ini ialah saya. Kalau terjadi apa-apa, saya antara yang paling berisiko. Guna kereta mahal. Nombor plat mahal. Henpon pun mahal. Ingat nyawa boleh beli dengan wang ringgit ke? BODOH!
beliamuda: Dia isi petrol RON95 dengan kadar harga RM119.00. Itu yang tertera di meter pam sebelum saya mula mengisi.
gilo
eyra´s last blog about ..Majlis Perkahwinan Datin Seri Glamer @AidaSue #HariAidaSue
@eyra, tu la pasal. Tak tahu la kalau dia nak test sendiri jadi apa…
ingatkan pegang “benda tu..”
@petrasis1, Err, “benda tu”?
Benda apa ek?