Novel Sunan Musafir Tidak Akan Dijual Semasa PBAKL 2012!

Salam sejahtera buat semua.

Poster PBAKL 2012

Sebelum ini ada khabar menyatakan bahawa Ramlee Awang Murshid telah menoktahkan novel Sunan Musafir dengan tagline Allah Menciptakan Cinta & Cinta itu Fitrah Manusia’ yang mewujudkan peluang untuk karya tersebut berada di pasaran semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 (PBAKL 2012) berlangsung.

Namun, semasa saya berpeluang untuk bersua muka dengan RAM di Berjaya Time Square dalam Temu Mesra, sempat juga saya ajukan soalan berkenaan keberadaan novel Sunan Musafir semasa PBAKL 2012 nanti. Jawapan balas daripada RAM adalah tidak pasti lagi.

RAM di Temu Mesra Berjaya Time SquareAkhirnya, persoalan mengenai keberadaan novel Sunan Musafir semasa PBAKL 2012 terjawab jua apabila pihak RAMFC mengeluarkan kenyataan yang menyebut bahawa novel Sunan Musafir tidak akan berada dalam jualan semasa PBAKL 2012 yang diadakan di PWTC nanti. Berkemungkinan, novel tersebut akan mula berada dalam pasaran pada penghujung Mei.

Dalam penjelasan lanjut, cetakan novel Sunan Musafir tidak dapat disegerakan kerana perlu megikut giliran cetakan. Walaupun ini agak mengecewakan, namun haruslah difahami bahawa perkara ini tidak dapat dielakkan. Turut dimaklumkan juga harga novel Sunan Musafir dalam pasaran nanti ialah RM21.90.

Saya juga berkemungkinan tidak sempat untuk turut serta dalam PBAKL 2012 nanti melainkan pada hari-hari terawal sahaja kerana urusan kerja yang memerlukan saya untuk berada di luar negara. Selamat berbelanja di PBAKL 2012 buat rakan penggemar buku!

beliamuda: Mungkin tempahan novel Sunan Musafir dan penghantaran ke rumah adalah pilihan yang terbaik.

Comments

3 responses to “Novel Sunan Musafir Tidak Akan Dijual Semasa PBAKL 2012!”

  1. muhammad fakhruddin Avatar

    Sama-sama tidak ke PBAKL 🙁

    1. beliamuda Avatar

      @muhammad fakhruddin, Sempat jugak sebanyak dua kali ke sana masa hari kedua dan ketiga. Beli sebuah buku je. Tak boleh nak round sangat. Huhu~

  2. […] ini ada saya menulis mengenai novel Sunan Musafir yang ditulis oleh Ramlee Awang Murshid tidak akan sempat menjengah di Pesta Buku Antarabangsa Kuala […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge