Cover Novel Sunan Musafir

Salam sejahtera buat semua.

Novel Sunan Musafir

Sebelum ini ada saya menulis mengenai novel Sunan Musafir yang ditulis oleh Ramlee Awang Murshid tidak akan sempat menjengah di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 2012) kerana tidak sempat dicetak. Namun, dalam perkembangan terbaru yang diketahui, peminat RAM akan berkesempatan untuk mendapatkan novel Sunan Musafir pada penghujung PBAKL 2012 nanti.

Namun, novel Sunan Musafir yang boleh didapati di penghujung PBAKL 2012 nanti ialah edisi terhad yang dicetak hanya 1000 salinan dan menggunakan kulit keras (baca: hardcover). Harga novel Sunan Musafir edisi kulit keras ini ialah RM33. Bagi yang berminat untuk mendapatkannya, jangan lupa untuk menjengah Karangkraf Mall di Dewan Tun Dr Ismail untuk mendapatkannya.

beliamuda: Untuk makluman, Ramlee Awang Murshid akan berada di Pesta Buku untuk Sesi Temu Mesra Penulis pada 1, 4, 5 & 6 Mei sahaja.Masa akan diumumkan kemudian. Maklumat ini dikutip daripada FB RAMFC.

Comments

9 responses to “Cover Novel Sunan Musafir”

  1. razfira Avatar

    wowwww.. mesti best ni. nak kena beli ni

    1. beliamuda Avatar

      @razfira, Semasa jualan terhad dibuka di PBAKL baru-baru ni, habis cepat je 1000 naskhah tu. Untunglah sape yang dapat baca awal tu.

  2. nuremma Avatar

    salam novel nie dh kuar ke blum??sye nk beli..dekat mana dh kuar novel nie??tolong bg tahu sye oke

    1. beliamuda Avatar

      @nuremma, Wasalam. Novel ni belum keluar lagi. 21 Mei ni baru nak masuk kilang untuk dicetak.

  3. Pisyek Avatar

    nanti aku cari jugak buku ni kat mph. 🙂

    1. beliamuda Avatar

      @Pisyek, Kalau nak cari, cari hujung bulan ni. Hehe.

  4. puteri nusantara Avatar
    puteri nusantara

    Alhamdulillah, dapat gak buku ni..hehe, 3 copy terakhir…naseb bek..lau tk lame la nk kena tunggu…superb!!!

  5. eikasif Avatar

    kenapa novel sunan musafir susah dicari

    1. beliamuda Avatar

      @eikasif, sebab novel tu baru je keluar…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge