Salam sejahtera buat semua.
Aduh, sungguh tidak ku sangka rakyat Malaysia kebanyakannya terlalu memandang rendah terhadap kereta keluaran Proton. Proton Preve yang mencetuskan sensasi sejak daripada namanya P3-21A telah dilancarkan baru-baru ini dengan siaran langsung yang disiarkan di TV1.
Sejak daripada malam penuh gemilang tersebut, Proton Preve telah mula berada di bilik pameran untuk pandu uji. Nak tahu best ke tak kereta tu, maka kenalah pandu dulu kan. Kena jugalah dengan tagline Proton Preve, “Drive It To Believe It”.
Ramai yang membuat kesimpulan Proton Preve tidak berkualiti apabila melihat gambar di atas daripada bertanya terlebih dahulu apakah punca terjadinya sedemikian. Rasanya, kalau kereta Toyota ke, Honda ke, atau Ferrari ke yang jadi macam di atas, tahu pula nak jadi orang yang paling depan mempertahankan.
Sedih betul dengan mentaliti rakyat Malaysia yang memandang rendah produk buatan Malaysia. Kalau dah tak suka sangat dengan Proton pun, selidik la dahulu asal usul kejadian sebelum nak kondem lebih-lebih. Jadi fitnah kalau sebarkan benda salah.
beliamuda: Rujuk di sini untuk cerita lebih lanjut!
Jgn la buat andaian sebelum tahu carita sebenarnye….
Manan Qayyim´s last blog about ..Volkswagen Golf TSI : Hadiah Utama Peraduan “iPunya Beli & Menang” P1
@Manan Qayyim, Itulah pengajarannya. Suka sangat buat spekulasi pelbagai orang kita ni.
kereta apa pun, kalau eksiden kompom la kemek. kereta kebal je yang tak kemek kot. 😀
Pisyek´s last blog about ..I am Nikon? No, I’m Pisyek!
@Pisyek, Kereta kebal pun kemek kot. Cuba la test dulu. Haha.