Tarikh Semakan Keputusan Permohonan dan Kemasukan ke Matrikulasi KPM Sesi 2012/2013

Salam sejahtera buat semua.

bahagian Matrikulasi KPM

Berlalu sudah dengan pengumuman keputusan SPM 2011 baru-baru ini, kini masanya telah tiba untuk adik-adik lepasan SPM mula bersiap-sedia melangkah ke alam pengajian yang seterusnya. Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah diantara salah satu peringkat pengajian yang menjadi pilihan kebanyakan lepasan SPM sebelum melangkah ke alam universiti.

Buat pengetahuan pelajar lepasan SPM 2011 yang membuat permohonan kemasukan ke program Matrikulasi KPM Sesi 2012/2013, tarikh semakan keputusan permohonan dan kemasukan ke Matrikulasi boleh dilakukan bermula pada 25 April 2012 sehingga 31 Mei 2012.

Tarikh Kemasukan ke Matrikulasi dan Rayuan Permohonan Matrikulasi

Tarikh pendaftaran bagi kemasukan sesi kali ini pula ialah pada 28 Mei 2012 (kecuali Wilayah Persekutuan Labuan pada 21 Mei 2012). Bagi yang tidak berjaya dengan permohonan masing-masing pula boleh membuat rayuan permohonan secara dalam talian sahaja selama tempoh 25 April hingga 13 Mei 2012. Selepas itu, keputusan rayuan akan boleh disemak pada 7 Jun 2012.

Ringkasannya adalah seperti berikut;

Tarikh semakan keputusan permohonan: 25 April – 31 Mei 2012

Tarikh kemasukan ke Matrikulasi: 28 Mei 2012 (21 Mei bagi Labuan)

Tarikh rayuan permohonan ke Matrikulasi: 25 April – 13 Mei 2012

Tarikh keputusan rayuan permohonan ke Matrikulasi: 7 Jun 2012

beliamuda: Kemaskini permohonan Matrikulasi telah berlangsung pada 6 hingga 20 Februari yang lalu…

Comments

11 responses to “Tarikh Semakan Keputusan Permohonan dan Kemasukan ke Matrikulasi KPM Sesi 2012/2013”

  1. […] [Terkini: Tarikh-tarikh penting berkaitan program Matrikulasi KPM!] […]

  2. […] [Terbaru: Tarikh keputusan permohonan Matrikulasi dan Rayuan!] […]

  3. […] telah saya kongsikan tarikh-tarikh penting berkaitan dengan permohonan kemasukan program Matrikulasi KPM Sesi 2012/2013 dengan semua adik-adik lepasan SPM 2011. Dalam entri kali ini, saya kongsikan pula cara untuk […]

  4. fanit Avatar
    fanit

    saya dh anta mcg utk semakan tp x dpt,
    mmng saya x dpt or sbb laman web x bkak lg?

    1. aku Avatar
      aku

      @fanit, hg biar betul..web pon x wujud lagi bazir duit je sms

      1. bigbang Avatar
        bigbang

        Mcm mana nk check kputusan rayuan matrik nie??

  5. nur adibah Avatar
    nur adibah

    bagaimana kalau seseorg tu dpt plkn yg dftanya 3 mei, dalam masa yang sama dia juga mendapat matrik.adakah dia harus masuk saja dulu k plkn atau pun tunggu setelh tmat bljr di matrikulasi? terima kasih.

  6. qylah Avatar

    mcm ne nk bt permohnan matrik tp tukar jurusan sains ke jurusan akaun????…..

    1. beliamuda Avatar

      @qylah, tidak boleh tukar jurusan sesuka hati.

  7. yu Avatar
    yu

    kalau msuk matrik ambilan kedua, bermakna kita dah ketinggalan dlam pmbelajarn lah kan??? hurm… ni yg x best…

  8. angah fatin Avatar

    mcm mane nak semak senarai nama kemasukan pelajar kulinari 2012/2013 UTM…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge