Tarikh Peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STAM, STPM dan MUET 2012

Salam sejahtera buat semua.

Tarikh Peperiksaan Awam Malaysia 2012

Tarikh peperiksaan awam bagi tahun 2012 iaitu untuk UPSR, PMR, SPM, dan STAM telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Tarikh bagi lagi dua peperiksaan awam iaitu STPM dan MUET telah disiarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Diharapkan ini akan menjadi panduan kepada mereka yang akan menduduki peperiksaan ini untuk membuat persiapan lebih awal.

Berikut adalah tarikh-tarikh peperiksaan awam yang telah disebutkan di atas.

Tarikh UPSR 2012 – Ujian Pencapaian Sekolah Rendah

Ujian Bertulis >> 11 – 13 September 2012

Dapatkan Jadual Waktu UPSR 2012!

Tarikh PMR 2012 – Penilaian Menengah Rendah

Ujian Bertulis >> 9 – 11 Oktober 2012 dan 15 – 16 Oktober 2012

Dapatkan Jadual Waktu PMR 2012!

Tarikh SPM 2012 – Sijil Pelajaran Malaysia

Amali >> Akan diumumkan kemudian

Ulangan >> Akan diumumkan kemudian (Ujian Lisan) dan 12 – 13 Jun 2012 (Ujian Bertulis)

Dapatkan Jadual Waktu SPMU 2012

Ujian Bertulis >> 5 November – 6 Disember 2012

Dapatkan Jadual Waktu SPM 2012!

Tarikh STAM 2012 – Sijil Tinggi Agama Malaysia

Ujian Lisan >> 9 – 12 Julai 2012 dan 16 – 19 Julai 2012

Ujian Bertulis >> 16 – 18 Oktober 2012 dan 22 – 23 Oktober 2012

Dapatkan Jadual Waktu STAM 2012

Tarikh STPM 2012 – Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

Ujian Lisan >> 18 – 20 September 2012 dan 24 – 26 September 2012

Ujian Bertulis >> 19 November – 13 Disember 2012

Dapatkan Jadual Waktu STPM 2012

MUET 2012 – Malaysia University English Test

Ujian Speaking

  • Sesi Awal Tahun >> 20 – 23 Februari 2012 dan 27 – 28 Februari 2012
  • Sesi Tengah Tahun >> 2 – 4 Julai 2012 dan 9 – 11 Julai 2012
  • Sesi Hujung Tahun >> 15 – 18 November dan 22 – 23 November 2012

Ujian Bertulis

  • Sesi Awal Tahun >> 3 Mac 2012
  • Sesi Tengah Tahun >> 28 Julai 2012
  • Sesi Hujung Tahun >> 10 November 2012

Sila hubungi talian berikut untuk mendapatkan maklumat terkini;

UPSR : 03 – 8884 3382
PMR : 03 – 8884 3394
SPM : 03 – 8884 3330
STAM : 03 – 8884 3340
STPM : 03 – 6136 9663
MUET : 03 – 6136 9663

beliamuda: Jadual waktu bagi setiap peperiksaan awam (UPSR, PMR, SPM, STAM dan STPM) akan dikemaskini kemudian…

Comments

40 responses to “Tarikh Peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STAM, STPM dan MUET 2012”

  1. […] kepada jadual waktu PMR 2012 di atas dan tarikh peperiksaan PMR 2012, peperiksaan bertulis akan berlansung mulai 9 – 11 Oktober  dan 15 – 16 Oktober […]

  2. hanzing SUmbui Avatar

    bila tarikh peperiksaaan SPMU bagi maths??? pleaseee reply the info..

    1. beliamuda Avatar

      @hanzing SUmbui, masih belum diketahui.

  3. wafa Avatar
    wafa

    salam…nak tanya bila ujian lisan BM & BI 2012 (maaf slh type td)…?nak confrimakan coz nak kena ambik cuti…utk calon pesendirian…

    1. beliamuda Avatar

      @wafa, Buat masa ini saya tiada maklumat untuk ujian lisan.

      1. emira Avatar
        emira

        @beliamuda, kalau da ade maklumat bagitau nye..sy pon spm persendirian..tp xtau bile ujian lisan bm and bi..takut trlepas je..

        1. mariena Avatar
          mariena

          ujian lisan bermula dr 16.7 tengok pd surat yg dihantar…lain tempat lain rasanya tarikh ujian lisan kalau tak dapat surat , sila telefon tempat anda daftar borang untuk ujian persendirian

          1. beliamuda Avatar

            Terima kasih kerana berkongsi maklumat ini dengan kami.

  4. mariena Avatar
    mariena

    Salam ,saya ada amik ujian lisan untuk bahasa english persendirian tahun nih tapi takde clue langsung apa persediaan yang patut dibuat ???….. untuk ujian lisan eglish adakah cara penilaian nya sama mcm bahasa melayu?…….dan adakah seperti kena buat public speaking atau cuma soal jawab bersama para guru?????minta bantuan…tolong lah dah buntu nihhh

    1. beliamuda Avatar

      Wasalam. Maaf, saya tidak pasti bagaimana cara penilaian untuk tahun ni. Mengikut kebiasaan sebelum ni, cara penilaian mungkin sama dengan bahasa Melayu.

      1. mariena Avatar
        mariena

        mekasih

  5. samia Avatar
    samia

    terima kasih

  6. resh Avatar
    resh

    saya dah daftar untuk menduduki spm ulangan pada november ini tapi saya tak tahu lagi dimana saya akan menduduki spmu ini

  7. resh Avatar
    resh

    saya dah daftar untuk spm ulangan nov ini tapi masih lagi x tau dimana tempat untuk saya menduduki ujian ini?

    1. beliamuda Avatar

      Tiada sebarang surat yang diterima? Mohon berhubung dengan pegawai di JPN/PPD.

  8. jusni adam Avatar
    jusni adam

    assalamualaikum beliamuda dalam bulan 10 nhe boleh lagi kah saya buat pendaftaran untuk spm ulangan bgi tahun ini. . .tq.

    1. beliamuda Avatar

      Waalaikumussalam.
      Dah tak boleh sebab pendaftaran telah ditutup pada Mac yang lalu.

  9. dila Avatar
    dila

    Salam.saya nk bertanye beberape soalan.terima ksih luangkn masa utk mnjwab ye.
    1.menduduki Spm tahun 1995.tidak mndapat keputusan yg memuaskan.brcadang untuk mengambil semula spm.adakah masih berkelayakan untuk mnduduki spm sbg calon persendirian?
    2.subjek ulangan adakah hnya terhad kepada bahasa melayu,bahasa inggeris ?

    1. beliamuda Avatar

      Wasalam.

      1. Mengikut maklumat yang disiarkan oleh Lembaga Peperiksaan, tiada pula disebutkan had umur. Cuma dinyatakan bahawa pernah menduduki SPM jika ingin mengambil SPMU. Berkenaan calon persendirian, adalah lebih elok juga berurusan dengan PPD/JPN.

      2. Subjek ulangan dalam SPMU hanya terhad kepada subjek Bahasa Melayu dan Matematik sahaja.

  10. […] kepada jadual waktu UPSR 2012 di atas dan tarikh peperiksaan UPSR 2012, peperiksaan bertulis akan berlangsung mulai 11 hingga 13 September […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge