Jadual Waktu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012

Salam sejahtera buat semua.

UPSR 2012

Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengeluarkan jadual waktu peperiksaan bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012 – masih lagi peringkat draf buat masa ini (Draf 2 – 24 Jun 2012). Jadual waktu tersebut boleh didapati di portal rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Di bawah ini turut dipaparkan jadual waktu penuh bagi UPSR 2012.

Merujuk kepada jadual waktu UPSR 2012 di atas dan tarikh peperiksaan UPSR 2012, peperiksaan bertulis akan berlangsung mulai 11 hingga 13 September 2012.

Turut disertakan dalam dalam fail di atas ialah Borang Pengesahan Garis Panduan dan Arahan Dalam Jadual Peperiksaan UPSR 2011 Telah Dibaca. Jadual di atas mungkin berubah (Draf 2).

beliamuda: Jangan lupa untuk membaca keseluruhan maklumat yang terdapat dalam fail tersebut (terutama ibu bapa dan guru) serta selamat belajar kepada semua calon UPSR 2012!

One thought on “Jadual Waktu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012

  1. Pingback: Tarikh Peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STAM, STPM dan MUET 2012 | beliamuda {dot} com

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge