Salam sejahtera buat semua.
Salah satu perkara yang sentiasa menjadi cabaran buat para blogger ialah melayan karenah pembaca yang memberikan komen di dalam entri yang disiarkan. Komen di entri ini jugalah yang boleh menjadi penarik untuk pembaca lain membaca blog kerana ia memaparkan kepelbagaian pendapat, pemikiran dan pandangan.
Dalam kemeriahan keputusan SPM 2011 diumumkan, ada beberapa entri yang saya siarkan berkaitan dengannya. Salah satu entri tersebut yang mendapat perhatian ramai ialah kedudukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dalam keputusan SPM 2011.
Di dalam entri tersebut juga terdapat beberapa komen yang saya jangkakan ditulis oleh bekas pelajar sebuah SBP. Dalam komen yang diberikan, pelajar tersebut telah secara terang-terangan memberi komen negatif dan mengkritik seorang guru. Ada juga beberapa ayat yang ditulis oleh pembaca tersebut yang agak kasar.
Namun, ada juga beberapa pembaca lain daripada sekolah sama yang mempertahankan guru tersebut dengan balasan yang lebih panjang dan turut disertakan dengan nasihat. Saya sendiri belum lagi membuat komen balasan pada komen tersebut. Tidak pula saya berniat untuk memadamnya.
Terdapat satu lagi komen yang ditulis oleh pembaca lain turut memberikan kritikan kepada seorang pengetua SBP. Berlainan dengan komen kritikan kepada guru yang saya sebutkan di atas, lebih ramai yang menyokong komen ini.
Apakah pandangan rakan blogger dan pembaca yang lain mengenai hal komen seperti ini? Semasa entri ini ditulis, guru yang menerima kritikan dalam komen tersebut telah menghubungi saya secara terus melalui emel.
beliamuda: Menghina seorang guru adalah satu perbuatan yang keji.

Leave a Reply