Pasca Persembahan Poster Projek Tahun Akhir

Salam sejahtera buat semua.

Pasca Persembahan Poster

Tiga minggu terakhir dalam sesi pengajian semester terakhir telah membuktikan inilah kemuncak kesibukannya. Persembahan poster bagi kumpulan pertama dalam sesi semalam telah pun berakhir dan masuk hari kedua pada hari ini.

Dengan segala cabaran dan dugaan berkaitan Projek Tahun Akhir yang melanda kebanyakan rakan-rakan termasuk saya sendiri, persembahan poster dibuat tanpa menunjukkan keputusan penuh.

Tamatnya persembahan poster, kini giliran laporan penuh pula untuk diberi perhatian. Dua minggu yang masih berbaki memaksa untuk kerja-kerja berkaitan diberikan perhatian penuh. Ini baru Projek Tahun Akhir. Belum lagi perhatian untuk lagi dua subjek yang bakal ada peperiksaan akhir.

Mohon pengurusan masa yang lebih baik kepada diri sendiri. Selamat berjaya juga buat rakan-rakan seperjuangan yang lain! Juga bertabahlah komiti yang bekerja untuk menjadikan jamuan makan malam perpisahan pada penghujung tahun ini sebagai satu kenyataan.

beliamuda: Saya boleh!

Comments

2 responses to “Pasca Persembahan Poster Projek Tahun Akhir”

  1. yao Avatar

    kacak syiall

  2. […] seperjuangan dan saya masih lagi cuba untuk bernafas dalam kesibukan terutama selepas persembahan poster yang tamat semalam dan berita mengenai dissertation projek yang perlu dihantar pada hari Isnin […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge