Salam sejahtera buat semua.
Semasa dalam perjalanan ke Station 18, Pengkalan semalam, kami telah terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang bermula dari persimpangan lampu isyarat Lahat menghala ke Pengkalan. Kebiasaannya, tak pernah terjadi kesesakan macam tu walaupun jalan di situ hanya satu lorong dan agak sibuk.
Rupa-rupanya terdapat satu kemalangan yang terjadi sebelum flyover berdekatan dengan Stesen KTM Lahat. Kemungkinan kemalangan berlaku sekitar pukul 2.30 petang dan terdapat pihak polis yang mengawal lalu lintas kerana laluan menghala ke Lahat telah terhalang.
Kelihatan di tempat kejadian ialah seperti sebuah motor yang telah melanggar sebuah kereta secara berdepan yang sedang menuruni flyover di tersebut. Agak teruk juga kereta tersebut. Mungkin penunggang motorsikal tersebut lagi parah. Saya tidak pasti berapa orang yang terlibat dalam kemalangan ini.
Pesanan penaja untuk semua, berhati-hatilah di jalan raya.
beliamuda: Perjalanan yang singkat telah bertambah 20 minit. Patutlah hati terdetik nak ambil jalan dari Batu Gajah semalam.
nie lg dsyat
minta dijauhkan dari kemalangan
@Wan Perlis, Ameen.