Video Selepas Kemalangan di Jalan Lahat – Pengkalan

Salam sejahtera buat semua.

Semasa dalam perjalanan ke Station 18, Pengkalan semalam, kami telah terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang bermula dari persimpangan lampu isyarat Lahat menghala ke Pengkalan. Kebiasaannya, tak pernah terjadi kesesakan macam tu walaupun jalan di situ hanya satu lorong dan agak sibuk.

Rupa-rupanya terdapat satu kemalangan yang terjadi sebelum flyover berdekatan dengan Stesen KTM Lahat. Kemungkinan kemalangan berlaku sekitar pukul 2.30 petang dan terdapat pihak polis yang mengawal lalu lintas kerana laluan menghala ke Lahat telah terhalang.

Continue reading

Maaf, aku sudah bertunang… (tapi kamu jangan kecewa)

Salam sejahtera buat semua.

bunga ros

Satu lagi hari Isnin yang meletihkan dilalui dengan penuh jaya. Kelas seawal pukul lapan dan berlanjutan sehingga ke pukul lima, kemudian disambung semula dengan perjumpaan mingguan dengan SV ETP (baca: Supervisor Engineering Team Project, Ir Idris Othman) yang berlanjutan sehingga pukul 6.30 petang dengan perkongsian-perkongsian yang menarik.

Yang peliknya, dalam melalui hari-hari yang sibuk macam ni, terasa gembira melaluinya. Mungkin sebab dapat meluahkan masa bersama-sama rakan dengan lebih bermakna dan juga menjadi lebih “serius” berbanding sebelumnya.

Continue reading