Salam sejahtera buat semua.
Seperti yang dilaporkan di portal Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), semakan keputusan permohonan biasiswa Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) tahun 2011 telah pun boleh mula disemak mulai 30 September 2011 pada jam 5 petang.
HOT: Maklum balas JPA berkenaan kesukaran membuat semakan biasiswa PIDN
Namun, mungkin atas sebab-sebab masalah teknikal, semakan tidak dapat dibuat seperti yang dijadualkan. Kemungkinan, server yang digunakan bagi tujuan semakan keputusan biasiswa JPA mengalami masalah dan hanya akan dibaik pulih semula bermula esok.
Semakan keputusan biasiswa JPA PIDN 2011
Semakan keputusan permohonan biasiswa JPA PIDN 2011 ini boleh dibuat seperti berikut:
-
Di laman web eSila atau terus ke pautan Semakan Keputusan Permohonan Biasiswa PIDN Tahun 2011.
-
Semakan keputusan biasiswa JPA juga boleh dibuat melalui SMS iaitu cara menaip JPA PIDN No.KP (Contoh: JPA PIDN 910101015111) dan hantar kepada 15888.
Notis daripada pihak JPA
Semakan Keputusan Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2011 dilanjutkan sehingga 15 Oktober 2011 (Untuk makluman semakan ditutup buat sementara waktu dan akan dibuka semula pada 05 Oktober 2011 jam 3.00 petang).
Sila hubungi talian telefon 03 8885 3049 jika ada sebarang pertanyaan berkenaan biasiswa ini. Pada kebiasaannya semua calon yang berjaya akan menerima surat tawaran melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar universiti masing-masing.
beliamuda: Tahniah kepada yang berjaya menerima biasiswa tajaan JPA bagi PIDN 2011.
Tidak dapat buat semakan tawaran biasiswa, kenapa?
@Rahim, sudah boleh buat semakan.
salam… Tidak dapat buka laman web esila… Bagaimana saya mahu isi maklumat berkenaan hubungan waris dan print surat tawaran serta dokumen-dokumen lain?
Terima Kasih…
@Nor Arini, Wasalam. Sekarang dah boleh buka.
kenapa sy xdpt nk msuk web esila..tolong sape2 m’bantu..tarikh da semakin suntuk…hadoiiii….
@syahirah, sekarang dah boleh masuk semla.
dah nak masuk 4 ari, tak kan la server JPA masih tak ok2 g… dah la 2 bla call semua orang JPA takut nk jwb phone yg berdering2…dia org skit pn x prihatin masalah yg kta hadapi ni..
@Ramlan Ayob, sekarang dah ok. Biasalah masalah ni. Server diorang tak dibuat untuk menampung kesesakan.
mmg menyakitkan msh x blh nk confrm biasiswa ni..mcmna ni.. TOLONG LAH KAMI WAHAI WARGA JPA!!!
@sofea, dah boleh buat semakan kan sekarang ni?
klu tak bleh log in website esila tu, mcne erkk? brape lame bleh boleh start boleh log in blik?