Salam sejahtera buat semua.

Seperti yang dilaporkan di portal Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), semakan keputusan permohonan biasiswa Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) tahun 2011 telah pun boleh mula disemak mulai 30 September 2011 pada jam 5 petang.
HOT: Maklum balas JPA berkenaan kesukaran membuat semakan biasiswa PIDN
Namun, mungkin atas sebab-sebab masalah teknikal, semakan tidak dapat dibuat seperti yang dijadualkan. Kemungkinan, server yang digunakan bagi tujuan semakan keputusan biasiswa JPA mengalami masalah dan hanya akan dibaik pulih semula bermula esok.
Semakan keputusan biasiswa JPA PIDN 2011
Semakan keputusan permohonan biasiswa JPA PIDN 2011 ini boleh dibuat seperti berikut:
-
Di laman web eSila atau terus ke pautan Semakan Keputusan Permohonan Biasiswa PIDN Tahun 2011.
-
Semakan keputusan biasiswa JPA juga boleh dibuat melalui SMS iaitu cara menaip JPA PIDN No.KP (Contoh: JPA PIDN 910101015111) dan hantar kepada 15888.
Notis daripada pihak JPA
Semakan Keputusan Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2011 dilanjutkan sehingga 15 Oktober 2011 (Untuk makluman semakan ditutup buat sementara waktu dan akan dibuka semula pada 05 Oktober 2011 jam 3.00 petang).
Sila hubungi talian telefon 03 8885 3049 jika ada sebarang pertanyaan berkenaan biasiswa ini. Pada kebiasaannya semua calon yang berjaya akan menerima surat tawaran melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar universiti masing-masing.
beliamuda: Tahniah kepada yang berjaya menerima biasiswa tajaan JPA bagi PIDN 2011.
Leave a Reply