Restoran Nasi Kandar dan iPhone 4S

Salam sejahtera buat semua.

nasi kandar
[scaredy_kat]

Mata tidak mampu untuk dibuka lebih lama. Panas yang terasa di tubuh semakin menyengat. Kepala juga dirasakan berpusing. Merebahkan tubuh di katil adalah pilihan yang terbaik.

*****

Penat betul bila dah mula berbisnes ni. Baru je mula buka Restoran Nasi Kandar, tapi kepala dah mula fikir nak kaut duit untung juta-juta. Yelah, takkan buat bisnes ni nak tabur duit kot? Orang buat bisnes nak kaut duit la kan.

Kepala dah makin pusing sebab asyik fikir macam mana nak memaksimakan keuntungan dari segenap penjuru. Digambarkan pemikiran masa tu seperti bercantumnya empat arah mata angin utama; utara, selatan, timur dan barat. Mungkin kaitan percantuman tu seumpama mendapat pelanggan daripada segenap lapisan masyarakat.

Ah, makin pening kalau fikir pasal Restoran Nasi Kandar ni. Dengan mata yang celik dan dipandang tepat pada siling, fikiran dirasakan kosong. Apa yang digambarkan tadi tidak dapat dicerna sebaik-baiknya. Otak ligat juga berfikir, namun hasil tetap sama. Kosong.

*****

apples
[msr]

iPhone 4S. Untungla mereka yang terawal dapat menggunakan gajet tersebut. Aku hanya mampu terbayang sahaja menggunakannya. Masih lagi belum mampu nak beli walaupun dah ada Restoran Nasi Kandar sendiri. Baru je mula berniaga kan. Modal belum dapat balik lagi, ni dah mula nak berjoli sakan.

Sebab tak mampu nak beli, berfantasi menggunakan iPhone adalah salah satu cara untuk merasainya. Tak sempat nak luangkan masa ke kedai Apple semata-mata untuk mencuba gajet tersebut, melainkan ke kedai epal untuk mencari buah epal buat mengisi perut sendiri. An apple a day keeps the doctor away! Tapi Apple yang satu lagi tu memang tak menepati peribahasa tersebut.

*****

beliamuda: Orang demam meracau. Entah apa yang difkirkan sebenarnya.

4 thoughts on “Restoran Nasi Kandar dan iPhone 4S

  1. Pingback: 091011 | beliamuda {dot} com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge