Restoran Nasi Kandar dan iPhone 4S

Salam sejahtera buat semua.

nasi kandar
[scaredy_kat]

Mata tidak mampu untuk dibuka lebih lama. Panas yang terasa di tubuh semakin menyengat. Kepala juga dirasakan berpusing. Merebahkan tubuh di katil adalah pilihan yang terbaik.

*****

Penat betul bila dah mula berbisnes ni. Baru je mula buka Restoran Nasi Kandar, tapi kepala dah mula fikir nak kaut duit untung juta-juta. Yelah, takkan buat bisnes ni nak tabur duit kot? Orang buat bisnes nak kaut duit la kan.

Continue reading

Aini, Nuna dan Nuni: Kisah #2

Salam sejahtera buat semua.

lutut berdarah

Bersambung daripada Kisah #1 yang tergantung berkenaan nasib Nuna yang kesakitan. Kenapakah dia merengek dan menangis sampaikah perlu dirujuk ke Hospital Taiping? Apakah sebenarnya yang terjadi?

Telah diperkhabarkan oleh Nuni bahawa Nuna sebenarnya mengalami kesakitan di bahagian kakinya. Bahagian bawah lutut di kaki kanan Nuna telah membengkak. Tidak diketahui sama ada bengkak itu diakibatkan oleh terjatuh atau digigit serangga berbisa.

Continue reading

Putus Jari Kaki, Patah Tulang Pipi dan Patah Tengkuk

Salam sejahtera buat semua.

Apakah persamaan ketiga-tiga perkara di atas? Yang saya tahu, ianya sangat menyakitkan dan patah tengkuk maknanya ajal dah sampai. Serius sangat sakit kalau ada kecederaan berkaitan tulang.

Paling kurang pun, terhantuk kepala dekat dinding ke, itu pun dah jadi sangat menyakitkan. Masa kecik-kecik dulu selalu juga terhantuk. Paling teruk pun terhantuk kepala dengan sepupu masa main kejar-kejar sampai berdarah hidung.

Tapi, kalau terjadi putus jari kaki ke, patah tulang pipi ataupun patah tengkuk ke, tahap kesakitan tu dah mencapai tahap maksimum. Kita yang membayangkan pun terasa ngeri yang amat.