Salam sejahtera buat semua.
Entah apa mimpi penaberkala bermadah puisi tempoh hari dalam Cinta Kantoi Edisi 2.0? Nak tahu kenapa? Sebab dia dapat awek baru la. Awek bukan sebarang awek. Smartphone Samsung Galaxy SII tu! Ini memang buat saya jeles… >_<
Ingat lagi pesanan terakhir kat bawah entri tu? “Ada video kejutan khas dalam tersebut. Itupun kalau korang dapat jumpa. Hehe… ^_^v”
Kalau ada yang membaca pesanan terakhir tu, korang paling kurang pun mesti tengok video-video yang ada kat situ kan? Ada jumpa video yang dimaksudkan tu tak? Kalau belum lagi, mari saya ajar cara-cara untuk berinteraksi dengan video-video .
Nampak tak bulatan merah yang ada dalam gambar di atas. Sila klik di kawasan merah tu yang memaparkan perkataan “Click Here!” Selepas itu korang akan dibawa ke satu halaman yang membolehkan korang berinteraksi dengan video-video yang memaparkan aksi pengguna Samsung Galaxy SII.
Ada satu kotak di bawah ayat “Just write anything with your keyboard and play it” yang boleh korang isi dengan apa-apa perkataan dalam bahasa Inggeris. Macam contoh di atas, saya letak perkataan “love” maka ada satu video yang akan dimainkan. Apa isi videonya? Korang tengok la sendiri kat situ ya. Nakal juga video tersebut.
Korang cuba la apa sahaja ayat yang terlintas difikiran. Kalau nak cuba perkataan lagi yang lagi nakal pun boleh, tapi tengoklah apa isi video yang keluar nanti. Jangan kata saya tak beri amaran!
Kalau perkataan yang korang masukkan tu tiada video yang berkaitan, korang boleh rekues di bahagian “Action Request Board”. Mungkin nanti ada video baru yang dimasukkan untuk memenuhi permintaan anda. Apa lagi? Jom ke dan berinteraksi di sana.
beliamuda: Lepas ni nak paksa penaberkala beraksi sekali lagi di depan kamera. Eh, sekali lagi? Jeng3… ^_^v
Pingback: I Love Samsung Galaxy SII: Submit Your Action Video | beliamuda {dot} com