Kad Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri (Bahagian 1)

Salam sejahtera buat semua.

kad ucapan selamat hari raya

Semenjak di awal Ramadhan 1432H, ramai yang telah mencari kad ucapan raya. Nampaknya, ada yang di awal puasa lagi dah mula merasakan mood raya. Kalau tak, masakan dicari kad-kad untuk ucapan Selamat Hari Raya.

Selari dengan peningkatan penggunaan Internet, makin ramai yang menggunakannya sebagai medium untuk berkomunikasi. Sampai kad raya pun nak dicari secara dalam talian. Lagipun, dalam talian ni biasanya percuma je untuk dapatkan benda-benda yang kita nak, sama ada dengan cara yang betul mahupun salah.

Minggu lepas, Neyra Shazeyra ada membebel tentang mahalnya kos untuk menghantar kad ucapan Selamat Hari Raya. Kalau tak silap, tak cukup sekadar setem 30 sen (kalau Neyra baca ni, boleh konfemkan balik eh). Mungkin sebab tu ramai beralih daripada kad tradisional kepada paling kurang pun ucapan dengan menggunakan SMS.

Bagi yang nak nampak lebih menarik, kad ucapan Selamat Hari Raya secara maya menjadi pilihan. Kali ini, saya kongsikan lagi gambar-gambar kad ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri dengan pautan ke lokasi asal ianya ditemui.

kad ucapan selamat hari raya aidilfitri

Ada pelbagai pilihan saiz kad ucapan di atas pada lokasi asal

kad selamat hari raya

Berhati-hati di jalan raya…

kad hari raya aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maah Zahir dan Batin…

ucapan selamat hari raya

Yang ni boleh potong dan lipat…

beliamuda: Kalau nak lebih bermakna, cuba la korang reka sendiri kad ucapan Selamat Hari Raya dan kongsikan dengan semua…

Comments

17 responses to “Kad Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri (Bahagian 1)”

  1. muhammad fakhruddin Avatar

    Ada leih kurang 20 hari lagi nak raya…erk saya ak reti design sendiri.

    1. beliamuda Avatar

      @muhammad fakhruddin, tak reti design ni la yang menyebabkan kita kena mengharapkan orang lain yang buatkan.

  2. along rufaidah Avatar

    kalau 50 sen tak cukup jgk ke?
    dah lama berlalu zaman2 post kad raya..skrg masuk zaman post kad kawen pulak T_T
    esok nk g confirmkan kt post office..huhu

    dulu2 waktu kt uk design kad sendiri utk post ke malaysia~ bersemangat..kat m’sia takde. sekadar fenomena ‘traffic jam’ sms masuk di malam raya je lah kan.

    1. beliamuda Avatar

      @along rufaidah, Tak cukup kan 50 sen tu? Entahla, dah lama sangat tak pos surat ni.

      Mesti Rufi dah konfimkan dengan post office kan?

      Pagi raya nanti, mesti sesak ar dengan SMS raya.

  3. Zida Avatar

    Teringin nak reka kat sendiri tapi tak reti guna photoshopppp

    1. beliamuda Avatar

      @Zida, kalau guna photoshop tu, just susun gambar2 je la. Kalau lagi advance, guna Illustrator ke…

  4. roy..... Avatar
    roy…..

    x best

    1. beliamuda Avatar

      @roy….., kenapa tak best ni?

  5. […] gambar: Belia Muda var addthis_config = {"data_track_clickback":}; // AKPC_IDS […]

  6. Jijan Avatar

    cintik kad kad raya.

    Selamat Hari Raya Aidilfitri

  7. eyra Avatar

    kad raya = 50 sen.

    surat biasa = 60sen.

    sekian, melaporkan dari saya budak paling kerap pergi mailing room kat basement UTP. sampai semua posmen pun kenal #sigh

    1. beliamuda Avatar

      @eyra, haha… lagilah mudah kenal ko sebab semua abang posmen. Kalau kakak posmen, mungkin lain sikit. =D

  8. […] beberapa hari berlalu sejak saya berkongsi dengan rakan-rakan semua koleksi ucapan kad raya, bahagian pertama. Kali ini, saya teruskan lagi dalam bahagian kedua sebagai kesinambungan […]

  9. rezky rival pun bisa Avatar

    blan yang penuyh hikmah . . .
    hari yang fitri nan suci kian bersih seperti embun pgi yang hendak di sapu angin , , ,
    bulan yang penuh ampunan,di saat kta mlakukan dosa yang bgtu tiada tra , , ,
    seperti kta tak trasa kta bisa melukai perasaan kedua orang yang kita cintai sayangi , , ,
    dan dia masih bisa ihlas memberi kita sesuap nasi ,dan memaaf kan apapun dosa dan salah kita pada nya , , ,
    maka di tahun ini ,di bulan yang penuh hikmah,hari yang fitri kita bersujud dan minta maaf lah selagi orang itu ada , , ,
    selamat hari raya idul fitri 1432H

  10. […] Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H untuk semua! Dapatkan kad raya 2011 dan koleksi kad ucapan raya untuk anda semua~ Kongsi entri ini: innity_pub = […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge