Salam sejahtera buat semua.
Tag Archives: raya
MRSM PC Masih Lagi Bercuti
Salam sejahtera buat semua.
Hari ni rancangnya nak datang melawat di MRSM Pengkalan Chepa. Tapi bila dah sampai kat sini, rupa-rupanya masih bercuti sekolah.
Hari Selasa nanti baru bermula semula sesi persekolahan. Makanya, hari Selasa ni akan datang lagi ke sini. Rancangan diteruskan dengan berkunjung ke rumah Khairul Anuar (@penaberkala).
Kemaskini ini dikuasakan oleh HTC Desire S dan Maxis broadband.
beliamuda: Mood raya lagi.
Kunjung-Mengunjung di Aidilfitri
Salam sejahtera buat semua.
Dah beberapa hari Hari Raya Aidilfitri berlalu, namun kemeriahan Syawal masih lagi dirasai. Paling jelas, jalan raya sesak di segenap cabang. Terlalu banyak kenderaan di atas jalan.
Berbeza dengan hari pertama, jalan lebih lengang. Hari raya pertama lebih diraikan bersama ahli keluarga terdekat. Selepas itulah baru beraya, yang sedikit sebanyak menyumbang kepada kesesakan lalu lintas.
Saya sendiri banyak keluar beraya ke rumah saudara-mara. Pagi ini awal pagi lagi sudah keluar rumah kerana ada majlis bercukur. Kenduri-kendara pun apa kurangnya. Kenduri kahwin banyak jugak yang diadakan di musim perayaan kali ini.
Cukuplah setakat ini. Kemaskini secara mobil ini dikuasakan oleh HTC Desire S dan Maxis broadband.