Salam sejahtera buat semua.
Berikutan dengan perhimpunan BERSIH 2.0 yang bakal berlangsung pada esok hari iaitu 9 Julai 2011, pihak polis telah mengeluarkan senarai jalan di Kuala Lumpur yang akan ditutup dan dilencongkan. Penutupan dan lencongan ini dibuat bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas yang dijangka berlaku esok hari.
Penutupan dan lencongan jalan-jalan di Kuala Lumpur tersebut akan bermula pada 12:01 tengah malam, 9 Julai 2011. Pihak polis telah pun menasihati orang ramai yang tidak mempunyai urusan penting di kawasan pusat bandar agar tidak memasuki kawasan tersebut esok.
Senarai Jalan yang Ditutup dan Dilencongkan di Kuala Lumpur pada 9 Julai
Berikut adalah senarai jalan-jalan yang terlibat dengan penutupan dan lencongan sepanjang hari esok;
Kawasan sekitar Istana Negara dan sepanjang:
- Jalan Syed Putra
- Jalan Istana
- Jalan Bukit Petaling
- Jalan Bellamy
Kawasan sekitar Masjid Negara dan sepanjang:
- Jalan Sultan Hishammuddin
- Jalan Lembah Perdana
- Jalan Chenderasari
Kawasan sekitar Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dataran DBKL, Kompleks Sogo, Maju Junction, Masjid Kampung Baru dan sepanjang:
- Jalan Kinabalu
- Jalan Kuching
- Jalan Sultan Ismail
- Jalan Raja Laut
- Jalan Sri Amar
- Jalan Tuanku Abdul Rahman
- Jalan Haji Taib
- Jalan Raja Muda Musa
- Jalan Raja Bot
- Jalan Raja Abdullah
- Jalan Dang Wangi
- Jalan Munshi Abdullah
- Jalan Gereja
- Jalan Raja Chulan
- Jalan Tun Perak
- Jalan Tun Tan Cheng Loke
- Jalan Sultan Mahmud
- dan semua kawasan berhampiran
Adalah lebih baik bagi pengguna jalan raya di sekitar kawasan tersebut atau yang bakal melalui laluan yang dinyatakan di atas untuk merancang perjalanan mereka dan mengelak daripada melalui jalan yang ditutup tersebut.
Selain beberapa jalan yang ditutup pada esok hari, 91 individu juga dilarang memasuki Kuala Lumpur.
Sumber: Facebook PDRM
beliamuda: Duduk di rumah dan memerhati sahaja.
Pingback: Perhimpunan BERSIH 2.0: Ikuti Status Terkini Secara Online | beliamuda {dot} com