Perhimpunan BERSIH 2.0: Ikuti Status Terkini Secara Online

Salam sejahtera buat semua.

bersih2.0

Detik 9 Julai 2011 akhirnya tiba iaitu hari yang dirangcangkan untuk perhimpunan BERSIH 2.0 diadakan. Sejak tengah malam tadi lagi beberapa langkah berjaga-jaga telah diambil oleh pihak berkuasa seperti penutupan beberapa jalan di Kuala Lumpur.

Jalan raya di sekitar Kuala Lumpur dilaporkan agak lengang berbanding keadaan biasa di hujung minggu. Mungkin lebih ramai penduduk sekitar yang memilih untuk berada di rumah sahaja. Namun, ada juga yang terpaksa memasuki pusat bandar kerana bekerja atau untuk mempunyai urusan di sana.

Bagi memudahkan orang ramai mengikuti perkembangan perhimpunan BERSIH 2.0, berikut adalah beberapa alternatif dalam talian (online) yang boleh diikuti.

Portal BERSIH 2.0

Liputan secara langsung juga boleh diikuti melalui portal BERSIH 2.0. Maklumat berkaitan dengan perhimpunan BERSIH 2.0 juga boleh didapati di situ.

Laman Twitter

Selain daripada portal rasmi BERSIH 2.0, mereka juga mempunyai akaun twitter khas BERSIH 2.0 yang boleh diikuti bagi melihat kemaskini semasa mengenai perhimpunan BERSIH 2.0.

Selain itu, kemaskini berkaitan BERSIH 2.0 juga boleh diikuti melalui carian di laman Twitter dengan hashtag #bersih.

Portal Malaysiakini

Portal Malaysiakini menyediakan liputan khas berkaitan dengan perhimpunan BERSIH 2.0 dan telah mematikan sistem daftar masuk (log in), membolehkan semua pengguna mengakses berita yang dilaporkan oleh mereka secara keseluruhan. Di bawah ialah akses untuk ke portal Malaysiakini:

Portal Berita Harian

Dibawakan khas oleh Berita Harian.

beliamuda: Mengikuti secara jauh di kampung halaman.

Comments

4 responses to “Perhimpunan BERSIH 2.0: Ikuti Status Terkini Secara Online”

  1. penaberkala Avatar

    tunggu tengok lintas langsung di tv3 la,haha

    1. beliamuda Avatar

      @penaberkala, mungkin tidak akan melihat berita malam ini, mungkin. lintas langsung? pun mungkin tidak.

  2. zool Avatar

    Join bersih ke bro?? Ada simbah2 air ke?

    1. beliamuda Avatar

      @zool, Aku tak join bersih pun. Duk di rumah di kampung halaman je.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge