Salam sejahtera buat semua.
![]()
Sudah hampir seminggu sejak HTC Desire S untuk program Maxis10 berada dalam tangan saya. Sejak dua tiga hari lalu, saya telah berkesempatan untuk menggunakan smartphone ini dalam penggunaan yang aktif bagi menguji ketahanan HTC Desire S.
Dalam tempoh penggunaan aktif tersebut, saya telah mengesan beberapa kelemahan yang utama pada henpon ini. Saya juga berjaya mendapatkan maklum balas daripada pengguna HTC yang lain yang turut mengesahkan beberapa kekurangan tersebut.
Tempoh ketahanan bateri HTC Desire S
Inilah pada saya kekurangan dan kelemahan paling utama pada HTC Desire S. Bateri henpon ini hanya mempunyai tempoh bertahan sekitar 3 – 4 jam sahaja untuk penggunaan yang aktif. Penggunaan aktif yang saya maksudkan ialah penggunaan sambungan Internet yang berterusan.
![]()
Ujian pertama untuk menguji ketahanan bateri HTC Desire S dilakukan semasa majlis makan malam perdana batch Jan 07, UTP. Bermula pukul 7 petang, saya mengaktifkan sambungan Internet (Mobile Network – HSPA dan WCDMA) dan GPS untuk memudahkan perjalanan ke Tropicana Ballroom. Kemudian dicampur lagi dengan penggunaan kamera dan rakaman video sebaik sahaja awal majlis sekitar pukul 8. Gambar juga turut dimuat naik ke Facebook kerana sambungan Internet yang stabil dan laju. Hasilnya, sekitar pukul 10, amaran kuasa bateri telah melepas tahap 15% mulai keluar.
![]()
Ujian kedua dilakukan semasa dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk ke PBAKL 2011 di PWTC. Sambungan Internet (Mobile Network) telah diaktifkan sedari awal perjalanan sekitar pukul 6 pagi. Sebaik sahaja tiba di KL Sentral sekitar pukul 8 pagi, paras kuasa bateri telah pun melepasi tahap 50%.
Nota: Bateri telah dicaskan penuh sebelum digunakan secara aktif seperti di atas.
Berikut adalah spesifikasi tempoh ketahanan bateri yang diberikan oleh pihak HTC untuk HTC Desire S:
Jenis bateri: Bateri Lithium-ion boleh cas
Kapasiti: 1450 mAh
Masa bercakap: 435 minit (WCDMA) dan 590 minit (GSM)
Masa sedia: 455 jam (WCDMA) dan 450 jam (GSM)
Pandangan dan ulasan
Ada satu perkara yang saya faham daripada ketahanan bateri smartphone seperti yang terjadi kepada HTC Desire S. Sebelum ini henpon yang paling smart pernah saya gunakan hanyalah Nokia 5800 XM dan saya jarang menggunakannya seperti apa yang saya lakukan dalam ujian di atas.
Beberapa orang rakan yang menggunakan smartphone turut menyatakan hal yang sama (pengguna lain HTC). Ketahanan kuasa bateri smartphone adalah normal pada tempoh 3 – 4 jam bagi penggunaan aktif. Perlu diingat, smartphone bukan seperti henpon biasa yang sebelum ini selalu digunakan untuk panggilan dan SMS sahaja.
Saya lebih suka untuk menganggap smartphone seperti sebuah mini komputer (kerana semasa saya membawa HTC Desire S dalam perjalanan ke PBAKL 2011, saya lebih banyak menggunakan gajet ini untuk urusan berkaitan walaupun pada masa sama saya juga membawa laptop). Mungkin lebih sesuai jika dikatakan ketahanan bateri smartphone adalah setara dengan bateri laptop.
Namun, saya tidak pasti bagaimanakah dengan ketahanan bateri smartphone dariapda pengeluar yang lain (Nokia, Blackberry, Apple dan lain-lain) pada skala penggunaan yang sama. Saya tidak dapat membuat perbandingan kerana saya sendiri belum pernah ada pengalaman menggunakannya. Ada rakan pembaca di luar sana yang sudi berkongsi pengalaman masing-masing?
beliamuda: Ada beberapa cara untuk meoptimumkan kadar ketahanan bateri seperti menutup fungsi-fungsi yang tidak digunakan dan mengurangkan kadar kecerahan paparan (baca: display).
Leave a Reply