(Video Promo) Nokia X7-00 Bakal Menjengah Pasaran

Salam sejahtera buat semua.

nokia_x7_dark_steel_front-left_400x400Sudah dua tahun sejak saya memakai henset Nokia 5800 XM. Setakat ini, 5800 XM masih lagi berfungsi dengan baik dan hayat bateri masih lagi di tahap yang memuaskan. Jarang boleh jumpa hp Nokia yang sebagus ni. Sudah beberapa jenis hp Nokia yang telah saya guna sebelum ini.

Kini, Nokia bakal memperkenalkan satu lagi henset baru dalam siri X iaitu Nokia X7-00. Buat pengetahun semua, siri X ni susur galurnya berasal daripada siri Xpress Music (XM). Jadi, siri X itu sebenarnya khusus kepada henpon bercirikan hiburan.

Kenapa saya tertarik sangat dengan Nokia X7-00 ni? Sebabnya saya tengah mencari penganti kepada henset yang tengah saya pakai sekarang ni. Henset sekarang ni masih lagi bertahan walaupun skrinnya pernah tercalar semasa diletak di dalam poket seluar setelah bergesel secara tidak sengaja dengan meja batu dan selalu digunakan dengan ekstrem untuk merekod video serta melayari Internet (baca: tethering).

nokia_x7_dark_steel_horizontal-right-tilt_400x400

Saya tak pasti bilakah Nokia X7-00 ini diperkenalkan secara rasmi, tetapi sejak semalam, info mengenai henset ini sudah mula didapati dalam talian (baca: online).

Tagline Nokia X7 – The Entertainment Smartphone

nokia_x7_dark_steel_back-vertical_400x400

Harga Nokia X7-00 ni pun masih belum kedapatan lagi rasanya. Mestilah bab harga ni menjadi tumpuan. Nak tengok mampu tak disambar bila tiba masanya nanti. Hehe…

Bahan yang digunakan untuk kerangka Nokia X7-00 (terutama bahagian belakang) macam lebih kurang je dengan kerangka aluminium yang digunakan untuk Nokia X2-00. Yang paling menarik perhatian ialah bentuk Nokia X7 yang agak unik dan kelihatan empat (baca: quad) volume speaker yang kelihatan di setiap penjuru (Nokia X2-00 ada dua volume speaker di bahagian belakang).

Agak mengecewakan juga kalau tengok kekurangan henset ni terutama pada kameranya yang 8-megapixel tetapi tiada fungsi autofokus (AF). Dengan fixed focus, kemungkinan harga Nokia X7-00 tidaklah semahal yang disangka. Tetapi ini dah membantutkan niat nak dapatkan henset ni sebab Nokia 5800 XM ada fungsi autofokus. Henset yang satu lagi pun (Nokia X2-00) fixed focus.

Apa yang mungkin menjadikan Nokia X7-00 sangat berbeza ialah henset ini dikuasakan dengan Symbian Anna, sebuah sistem operasi Symbian yang baru berbanding Symbian^3 yang digunakan sekarang.

Melalui Symbian Anna, Nokia membawakan ikon yang serba baru, Ovi Maps versi baru, pelayar web yang lebih pantas, selain turut memberikan nafas baru pada platform Symbian. Symbian Anna juga membawakan input teks yang diperkemaskini, memudahkan kemasukkan teks padanya, serta papan kekunci atas skrin QWERTY versi potrait turut diperkenalkan.

~Amanz

Kalau berminat dengan Nokia X7-00, boleh usha di sini untuk spesifikasi penuh.

beliamuda: Kalau harga Nokia X7-00 ni sekitar RM1500 ke atas tu, memang kena fikir berpuluh-puluh kali la… >_<

7 thoughts on “(Video Promo) Nokia X7-00 Bakal Menjengah Pasaran

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge